Posts

Showing posts with the label Culik

[VIDEO] Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik

Image
[VIDEO] Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160985/ Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Palestin merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia yang telah menyelamatkan seorang warga Palestin yang diculik di Malaysia baru-baru ini. Kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia dan pihak keselamatan yang terlibat dalam usaha menyelamat itu. Media tempatan melaporkan pihak polis berjaya menyelamatkan seorang mangsa berusia 31 tahun sehari selepas diculik sekumpulan rakyat tempatan yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim itu memburu anggota Hamas di Malaysia. Selain itu, mereka (polis Malaysia) dapat mendedahkan operasi anggota Mossad dan memburu serta menjejaki rangkaiannya. “Kami mengecam jenayah terang-terangan yang dilakukan Israel terhadap seorang daripada rakya

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Image
[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160847/ Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada Selasa. Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penculikan wanita itu di kawasan Broga, Lenggeng, pada Isnin. “Sebelum insiden itu, pada Ahad jam 6.30 petang pengadu memaklumkan menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan. “Bertindak daripada laporan berkenaan, pihak polis menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa,” katanya menurut Sinar Harian. Bagaimanapun, Dzaffir berkata pada Selasa, kira-kira 3.30 petang, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat. https://www.instagram.com/tv/CjKrDdXgtfn/?utm_source=ig_web_copy_l

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

Image
Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160832/ HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung isu terbabit. “Kita telah mengesan sekeping surat bertajuk ‘Peringatan Penularan Kes Penculikan Murid sekolah’ bertarikh 27 September yang memberikan persepsi negatif kepada masyarakat khususnya di daerah ini. “Berdasarkan siasatan mendapati surat berkenaan telah dikeluarkan oleh guru besar Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, surat itu merupakan inisiatif pihak sekolah untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Just

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

Image
[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160727/ KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini kelmarin. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, suami kepada mangsa yang diculik berusia 36 tahun itu disyaki berselisih faham dengan ahli sebuah sindiket pengedaran dadah sama yang disertai lelaki itu. Menurutnya, keadaan tersebut dipercayai menjadi punca utama kepada penculikan mangsa yang kini dipercayai berada dalam keadaan selamat di Thailand. “Polis telah menjalankan operasi dalam kes itu sebelum menahan tiga suspek termasuk suami mangsa dan seorang wanita semasa mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat semalam. “Siasatan mendapati, suami mangsa yang berusia 36 tahun bekerja seba

[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari

Image
[Video] OKU culik kanak-kanak direman 4 hari.    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158426      JOHOR BAHRU – Lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang ditahan polis kerana cubaan menculik seorang kanak-kanak semalam dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Nurkhalida Farhana Abu Bakar bermula 12 hingga 15 Mei ini. Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap sambil diiringi polis tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 9.13 pagi. Semalam (11 Mei 2022), Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, lelaki OKU berusia 20-an itu ditahan orang awam di sebuah restoran makanan segera di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada pukul 11.30 pagi, semalam. Menurut beliau, suspek yang merupakan pemegang kad OKU pesakit mental itu turut positif dadah jenis methaphetamine melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan. “Murid lelaki berusia 7 tahun itu diculik suspek yang menaiki motosika