Posts

Showing posts with the label Badminton

Tang Jie-Ee Wei tersekat di peringkat kumpulan

Image
Tang Jie-Ee Wei tersekat di peringkat kumpulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174305 Langkah beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2023 di Hangzhou, China tersekat di peringkat kumpulan selepas tewas pada aksi terakhir Kumpulan A sebentar tadi. Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Sukan Olimpik Hangzhou itu, Tang Jie-Ee Wei dipaksa bermandi peluh sebelum tewas 21-18, 18-21, 14-21 kepada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, sekali gus menghuni kedudukan tercorot kumpulan. Tang Jie-Ee Wei yang melakukan penampilan sulung pada kejohanan tersebut bermula langkah kanan apabila menampilkan aksi cukup baik sebelum memastikan kemenangan 21-18 biarpun ditentang hebat pemain lawan. Tersentak dengan kekalahan awal, Dechapol-Sapsiree yang merupakan bekas gandingan No.1 dunia mula memperkemaskan permainan dan berjaya menjarakkan diri 12-8 sebelum Tang Jie-Ee Wei menyamakan kedudukan 12-12. Bagaimanap...

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Image
Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166977 Tiga pasangan Malaysia termasuk beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton  Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark, hari ini. Pearly-Thinaah, yang menerima bye pada pusingan pembukaan, mengatasi gandingan Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 21-15, 21-10 pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Royal Arena. Beregu pilihan ke-10 itu akan menentang beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara selepas pilihan keempat itu mengatasi wakil  Austria,  Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir  21-11, 21-5. Sementara itu, hasrat satu lagi pasangan negara, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing untuk layak ke pusingan seterusnya disekat oleh pilihan kelapan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai selepas tewas 13-21, 11-21. Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee meneruskan ke...

Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara

Image
Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166745 Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) Datuk Misbun Sidek, telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini. Tanpa mendedahkan senarai negara yang cuba memancingnya, Misbun berkata antara yang berminat mendapatkan khidmatnya itu dari negara jiran, manakala terdapat juga tawaran baginya untuk membimbing skuad senior. “Sebenarnya dari dulu lagi sudah ada (tawaran) malah dalam beberapa minggu lalu setelah mereka tahu saya telah diberhentikan, namun saya mahu rehat dahulu. “Kesemuanya bergantung kepada syarat tertentu yang saya letakkan, jika mereka setuju baru saya terima,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Misbun, yang memerlukan masa memikirkan tawaran diterimanya berkata buat masa ini, beliau akan memberi tumpuan terlebih dahulu dalam aspek ...

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat

Image
Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166506 Pemain perseorangan wanita negara Ung Yi Xing meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia hari ini. Pada aksi pusingan ketiga bagi kategori individu di Dewan Sukan Among Rogo, pilihan ke-15 kejohanan itu mengambil masa 56 minit sebelum berhasil menafikan kebangkitan wakil Thailand Saranporn Sombutwatthananukool 21-19, 19-21, 21-16. Ia sekali gus menebus kekecewaan pemain berusia 18 tahun itu selepas tunduk kepada lawan yang sama di pentas suku akhir kejohanan bagi kategori berpasukan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, tugas getir menanti Yi Xing dalam pusingan 16 terbaik apabila berdepan pilihan utama kejohanan Tomoka Miyazaki dari Jepun yang mara selepas menewaskan wakil tuan rumah Chiara Marvella Handoyo 21-5, 21-16. Mengiringi Yi Xing di pusingan keempat kejohanan, pemain perseorangan lelaki...

Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran - BWF

Image
Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran - BWF BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165632 Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan legenda China, Li Dan, layak disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) Persekutuan Badminton Dunia (BWF). BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan kepada mereka pada 26 Mei lalu berikutan sumbangan cemerlang terhadap sukan badminton  di luar gelanggang dalam tempoh masa yang signifikan. Ia berkata Majlis BWF meluluskan pencalonan Chong Wei dan Lin Dan untuk disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran yang dicadangkan Suruhanjaya Anugerah BWF, mengikut kriteria pemilihan yang ditetapkan di bawah Peraturan Anugerah BWF. “BWF mengiktiraf pencapaian dan sumbangan banyak legenda sukan ini dan berharap dapat menyenaraikan lebih banyak juara ke dalam Dewan Kemasyhuran BWF dalam tahun-tahun mendatang," kata BWF. Baru-baru ini, penyenaraian Chong Wei dalam D...

Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja

Image
Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164665 PHNOM PENH  -- Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu emas pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin, tewas kepada pasangan Indonesia dalam aksi final, di sini, hari ini. Gandingan negara yang baru dibentuk beberapa hari lalu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas akur dengan kebangkitan pasangan nombor 10 dunia, Rehan Naufaul Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati. Bagaimanapun,  Roy King-Su Yun bermula dengan langkah kanan dengan kemenangan tipis 22-20 pada set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum pada set berikut dengan beberapa siri kesilapan sebelum pasangan Indonesia itu menheret perlawanan ke set rubber set dengan keputusan 8-21. Pada set penentuan aksi di Dewan Badminton Morodok Techo, di sini, Roy King-Su Yin mendahului 13-11 pada satu ketika sebelum Indonesia berjaya merampas p...

Individu pernah lahirkan 'sang juara' pilihan Zii Jia

Image
Individu pernah lahirkan 'sang juara' pilihan Zii Jia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163859 Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memberi bayangan bahawa calon jurulatih baharu yang bakal dipilihnya merupakan individu yang pernah menghasilkan ‘sang juara’ dalam kejohanan badminton sebelum ini. Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Zii Jia yang kembali menagih khidmat jurulatih menjelang kelayakan Sukan Olimpik Paris yang akan bermula dengan Piala Sudirman di China pada 14 Mei ini, berkata keputusan mengenai jurulatih baharunya itu, bagaimanapun belum dimuktamadkan. “Proses pencarian jurulatih sedang berjalan. Ada beberapa calon dikenal pasti, namun saya tidak boleh umum kerana belum disahkan. Apa yang boleh saya katakan ialah jurulatih itu pernah hasilkan juara,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Kejohanan Badminton Piala Presiden di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini. Zii Jia sebelum ini bergerak secara bersendirian tanpa bimbingan jurulatih ...

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC

Image
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163718 DUBAI: Malaysia memastikan sekurang-kurangnya satu wakil di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia esok apabila beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya menyingkirkan pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam aksi separuh akhir sebentar tadi (29 April 2023) Atas kertas, rekod perlawanan lalu tidak memihak kepada Ee Yi dan Yew Sin apabila tewas sebanyak tujuh kali daripada lapan pertemuan. Bagaimanapun aksi yang berlangsung di Dewan Sheikh Rashid bin Hamdan, Dubai menyaksikan mereka menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan pasangan Jepun itu dengan keputusan 21-16, 26-24 dalam tempoh 50 minit. Ee Yi dan Yew Sin terpaksa menanti perlawanan di antara Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dengan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan bagi mengetahui lawan mereka di final esok. Terdahulu, hasrat untuk melihat beregu camp...

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Image
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907 Impian beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk meraih gelaran pertama di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland di Basel tidak kesampaian, selepas tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.  Selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua pada kejohanan sama pada edisi lepas, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya dengan kemenangan 21-17, 19-21, 21-17 dalam tempoh 60 minit di St. Jakobshalle. Pada set pertama, Soon Huat-Shevon yang berada pada kedudukan ke-11 dunia tampak bertenaga untuk memberi saingan sengit kepada pasangan China itu, namun tidak dapat menandingi kehebatan mereka apabila ditundukkan 17-21. Pasangan Malaysia itu yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 14-16 kembali memperk...

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Image
Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805 Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia semakin hampir meraih gelaran pertamanya musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Switzerland, sebentar tadi. Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 pada aksi suku akhir yang berlangsung di St Jakobshalle di Basel. Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan yang menyingkirkannya ketika pusingan kedua Terbuka Jerman, dua minggu lalu. Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah besar untuk beraksi di pentas final pertama dan memburu gelaran pertamanya musim ini apabila dijadual bertemu pemain daripada pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe. Selepas mengharungi lima kejohanan sebelum ini, pencapaian terbaik Zii Jia adalah mara sehingga ke separuh akhir Seluruh England minggu lalu...

[VIDEO] Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Taiwan

Image
[VIDEO] Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Taiwan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159674 BEREGU muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Taiwan selepas menumpaskan wakil tuan rumah Lee Yang-Wang Chi-lin sebentar tadi (24/7/2022). Dalam aksi pentas akhir, pasangan yang kini berada di ranking ke-36 dunia itu mengejutkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 apabila menang dalam pertarungan rubber set 21-18, 11-21, 21-18 selama 54 minit. Untuk rekod, kemenangan di Terbuka Taiwan itu merupakan kejuaraan kedua musim ini buat Wei Chong-Kai Wun selepas muncul juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India pada Januari lalu.

[Video] Zii Jia terus padu di Terbuka Jerman tewaskan Zhao Jun Peng di suku akhir

Image
[Video] Zii Jia terus padu di Terbuka Jerman tewaskan Zhao Jun Peng di suku akhir Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156830 - PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terus menampilkan persembahan konsisten di saingan Terbuka Jerman apabila melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan pemain dari China, Zhao Jun Peng dalam perlawanan di Westenergie Sporthalle, Mülheim pada Jumaat. Tambah menarik pemain nombor tujuh dunia tersebut terus mempamerkan kematangan permainan di pentas suku akhir itu apabila menjinakkan lawannya yang berstatus pemain ke-38 dunia 21-12, 21-18 dalam masa 40 minit. Untuk rekod, pemain dari Kedah itu sebelum ini mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov, pemain ranking 62 dunia 21-13, 18-21, 21-12 dalam masa 61 minit di pusingan kedua. Zii Jia yang tampil ke kejuaraan itu dengan status pilihan kelapan sebelum ini dipaksa beraksi sehingga ke set penentuan ketika berdepan pemain 56 dunia dari Belanda, Mark Caljouw d...

[Video] Malaysia ke final BATC 2022

Image
  [Video] Malaysia ke final BATC 2022  -  https://pakdin.my/155061 - SKUAD lelaki negara mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 apabila menewaskan Korea Selatan 3-0 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam Mata ketiga yang juga merupakan mata kemenangan negara disumbangkan pemain perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang menewaskan Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12. Walaupun tewas pada set pertama, Tze Yong mempamerkan aksi mantap pada dua set berikutnya bagi mencatatkan kemenangan buat skuad negara bagi menempah pertemuan dengan Indonesia dalam aksi final pada Ahad. Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15. Kemenangan Zii Jia dilihat menyuntik semangat gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menewaskan gandingan Kim Sa-rang–Kim Won-ho, 21-14, 20-22, 21-19. “Sasaran kita memang untuk ke...

Malaysia 'smash' Jepun

Image
Malaysia 'smash' Jepun [Sumber: https://pakdin.my/?p=154860 ] SKUAD badminton wanita negara membuka tirai peringkat kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Jepun 3-2 dalam aksi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Selasa. Pada perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu ketinggalan 0-2 susulan kekalahan dua pemain perseorangan wanita utama, S Kisona dan Eoon Xi Quan. Kisona terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Jepun, Natsuki Nidaira 12-21, 16-21, manakala Xi Quan tunduk kepada Riko Gunji 17-21, 7-21. Bagaimanapun, perseorangan remaja negara, Siti Nurshuhaini Azman berjaya menyekat Jepun daripada mendahului 3-0 ke atas Malaysia apabila berjaya meraih kemenangan straight set 21-16, 22-20 menumpaskan perseorangan Jepun, Hina Akechi. Kemenangan itu nyata menyuntik semangat beregu wanita, Pearly Tan dan Valeree Siow yang meneruskan momentum positif apabila menewaskan Rui Hirokami dan Yuna Kato. Pe...