Posts

Showing posts with the label STR

Bayaran akhir STR mulai 7 November

Image
  Bayaran akhir STR mulai 7 November Baca seterusnya: https://pakdin.my/169344 Pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 November 2023. Menurut Kementerian Kewangan, ia membabitkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima. "Daripada jumlah tersebut, 5.22 juta penerima sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200. "Lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023, akan turut menerima bantuan tunai berkenaan sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing. "Pembayaran yang dibuat merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima tahun ini," kata Kementerian Kewangan menerusi kenyataan. Tambahnya, kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima bagi membantu menangani cabaran kos sara hidup. Sebagai penambahbaikan, kerajaan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan ya...