Posts

Showing posts with the label Noraini Ahmad

Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK

Image
Wanita UMNO minta ahli, pemimpin tumpu kepada PRK BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166741 Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi. Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya akan terus bersama barisan kepimpinan dalam merangka strategi yang terbaik untuk memperkukuh parti serta menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Prestasi BN di dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah berlangsung baru-baru ini adalah tangggungjawab bersama seluruh kepimpinan. Ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata seluruh ahli parti perlu menerima keputusan PRN dengan hati yang terbuka serta perlu memperkasa Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat. “Agenda perpaduan ini sangat besar untuk kita semua bersama-sama berganding bahu membangunkan negara in

Ibu bapa pelajar MRSM berang karnival Keluarga Malaysia diteruskan di sebalik ancaman Covid-19

Image
Ibu bapa pelajar MRSM berang karnival Keluarga Malaysia diteruskan di sebalik ancaman Covid-19 [Sumber: https://pakdin.my/?p=155020 ] Ibu bapa pelajar yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat dan bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berang kerana Karnival Keluarga Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diteruskan, meskipun anak-anak mereka baharu selesai dikuarantin selepas kes positif Covid-19 dilaporkan. Karnival KPT itu, yang bermula semalam hingga esok, turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Noraini Ahmad. Ibu bapa yang dihubungi memberitahu, anak mereka selesai dikuarantin pada 12 Feb selepas kes Covid-19 dilaporkan di MRSM Batu Pahat. “KPT tidak peka langsung keadaan anak-anak yang baharu selesai dikuarantin oleh kerana ada jangkitan Covid-19 dan juga keselesaan mereka untuk belajar demi masa depan mereka,” luah seorang ibu yang meminta tidak dinamakan demi keselamatan anaknya. Anaknya adalah antara 126 pelajar yang sedang