Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke
Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke BACA seterusnya: https://pakdin.my/166069 Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘pakatan korup’ dibuat atas kapasiti individu dan tidak mewakili kepimpinan parti, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Beliau berkata ucapan berunsur serangan yang dibuat terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan itu tidak seharusnya dikeluarkan, dan menurutnya Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. “Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik. “Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/qPXCuA-chjo Pua dilaporkan membuat kenya...