Posts

Showing posts with the label Pesawat Ringan

[VIDEO] Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh

Image
[VIDEO] Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera pesawat ringan terhempas di Ipoh Selanjutnya di: https://pakdin.my/160336 IPOH: Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin 8:10 malam (1/8/2022). Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Chester Voo, berkata kemalangan itu melibatkan pesawat sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, hari ini. “Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Ipoh telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8:07 malam. Jenis pesawat yang terlibat adalah Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA berkenaan dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan. Katanya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam