Posts

Showing posts from 2022

[VIDEO] Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat

Image
[VIDEO] Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161375 Satu mayat lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata mayat yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan seorang lelaki tempatan yang kemudian menghubungi Balai Polis Rawang pada 11.40 pagi.  Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak termasuk pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan. “Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an. Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat berkenaan. Pemeriksaan pada tubuh si mati yang tangan dan kakinya diikat dengan tali nilon menemukan kesan kecederaan dan luka yang parah di bahagian

[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi

Image
[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi BACA seterusnya di: https//pakdin.my/161356 LUMUT: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlanggar kapal TLDM semasa demonstrasi manuvra sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam 30 Disember 2022. Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan. Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m) manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan. "Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan. "Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. https://youtu.be/Dg1GD8rzz

[VIDEO] Wanita mengandung 7 bulan didakwa cuba rompak kedai emas

Image
[VIDEO] Wanita mengandung 7 bulan didakwa cuba rompak kedai emas BACA seterusnya di: https//pakdin.my/161336 Seorang wanita mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini. Norraniza Muhamad Puslam, 35, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia didakwa cuba merompak Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, di Kedai Emas Daz Jewellery Mydin Ayer Keroh, pada pukul 4.45 petang, 20 Dis lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin. https://youtu.be/HKMpVj4ONFA Bagaimanapun peguam tertuduh, Illya Shahar memohon jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya berpendapatan sederhana, mengandung dan mempunyai dua anak berusia 5 dan 2 tahun,

[VIDEO] Bedah siasat pelayan maut akibat letupan dipercayai bom buatan sendiri dijalankan di hospital Ampang

Image
[VIDEO] Bedah siasat pelayan maut akibat letupan dipercayai bom buatan sendiri dijalankan di hospital Ampang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161323 Bedah siasat membabitkan seorang pelayan yang maut akibat letupan sebuah bungkusan yang diletakkan atas keretanya dijalankan pada petang Jumaat 30 Disember 2022. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun akan diuruskan pihak Hospital Ampang. "Untuk makluman, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pada hari ini jam 2.30 petang bertempat di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, seorang pelayan maut selepas sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini pada malam Khamis. Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang sekitar jam 9

[VIDEO] 10 maut hotel kasino terbakar dekat sempadan Thailand di Kemboja

Image
[VIDEO] 10 maut hotel kasino terbakar dekat sempadan Thailand di Kemboja BACA seterusnya di https://pakdin.my/161313 POIPET, KEMBOJA – Sebanyak 10 orang maut dalam satu kebakaran di sebuah hotel kasino dekat sempadan Thailand di Kemboja, dengan beberapa gambar menunjukkan orang ramai cuba menyelamatkan diri ketika api marak mengelilingi mereka. Kebakaran di Hotel Kasino Grand Diamond City di Poipet itu berlaku lewat malam semalam iaitu sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan), kata polis tempatan. Satu laporan polis yang dilihat oleh wakil AFP menyebut bahawa kira-kira 10 orang meninggal dunia manakala 30 lagi cedera. Tambah laporan tersebut, sekitar 400 individu dipercayai bekerja di premis berkenaan. Beberapa gambar yang diperoleh AFP menunjukkan bangunan hotel tersebut dijilat api marak dengan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran. Anggota penyelamat turut cuba membawa turun mangsa-mangsa yang terperangkap di tebing bangunan yang terbakar. Dalam satu klip yang dikongsi

[VIDEO] Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022

Image
[VIDEO] Himpunan berita kenderaan terbakar 25-26 Disember 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161303 Himpunan berita kemalangan yang melibatkan kenderaan terbakar ketika dipandu. Di Seremban NEGERI SEBILAN (26 Disember 2022) – Sebuah kereta Perodua Axia terbakar sepenuhnya akibat melanggar lampu merah dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di lampu isyarat Jalan Sungai Ujong berhadapan bangunan Palm Mall. Di Batu Pahat JOHOR (26 Disember 2022) - Sebuah lori terbakar berhampiran BP MALL, Batu Pahat. Di Kilometer (km) 259 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, PERAK (26 Disember 2022) – Kebakaran sebuah kenderaan di Kilometer (km) 259 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh di Lebuh Raya Utara-Selatan menyebabkan kesesakan sejauh 17 kilometer. Di Jempol, NEGERI SEMBILAN  (26 Disember 2022) – Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kenderaan sebaik menyedari kereta dinaiki terbakar membantu menyelamatkan nyawanya serta isteri dalam kejadian di p

Geng Broker baru keluar gua

Image
Geng Broker baru keluar gua BACA seterusnya di https://pakdin.my/161290/ Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar dari gua. Secara kebetulan, Nazri dan Tajuddin adalah antara tokoh dalam UMNO yang paling dibenci oleh orang ramai kerana keangkuhan dan kelakuan biadab mereka. Nampaknya geng broker geng dah mula mengarut lagi. ....... Vdeo berkaitan:

[VIDEO] Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang

Image
[VIDEO] Lebih 100 rumah roboh dilanda ombak, angin kencang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161280 SANDAKAN - Dianggarkan lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, Sandakan, pada malam Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 itu, dianggarkan 500 rumah turut terancam berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan. Ketua BBP Sandakan Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.14 malam. Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer dari BBP Sandakan. "Menurut laporan, dianggarkan lebih 100 rumah telah roboh dan 500 lagi rumah terancam akibat fenomena air pasang. "Tindakan pamantauan masih dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan melaporkan

[VIDEO] MPAJ batal lesen restoran tular ‘tikus jilat ayam goreng’

Image
[VIDEO] MPAJ batal lesen restoran tular ‘tikus jilat ayam goreng’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161269 PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) serta-merta kepada premis yang tular terdapat seekor tikus sedang menjamah ayam goreng sebelum ini. Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu (24 Disember 2022). Jelas beliau, tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan. “Permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya. “Pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dija

[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput

Image
[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161259 HULU SELANGOR – Penemuan gulungan beg tidur di tebing Sektor A (Hillview) membawa penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini. Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, salah seorang pegawai kanan bomba ketika itu mendapati terdapat pergerakan cecair keluar dari tebing bukit itu. Katanya, penemuan tersebut membuatkan pegawai itu merasakan sesuatu yang ganjil sebelum menggerakkan sepasukan anggota SAR untuk menggali di sekitar tebing itu. “Hasil tindakan itu, pegawai tersebut menemui segulung beg tidur mempunyai satu mayat kanak-kanak di dalamnya yang berada empat meter dari lereng Sektor A dan kedalaman 1.5 meter. “Secara keseluruhannya, Mayat ditemui di Sektor A seramai 20 orang diikuti Sektor B (Farmview) 1 mangsa Manakala Sektor C

Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad

Image
Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161248 Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menggesa pihak berkuasa menyiasat Tommy Thomas atas dakwaan melakukan pendakwaan politik, susulan keterangan saksi di mahkamah pada Jumaat membabitkan bekas peguam negara itu. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap. Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop dilaporkan berkata, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin untuk mendakwa Shahrir pada 15 Jan 2020. Puad berkata, keterangan pegawai penyiasat SPRM itu adalah bukti Thomas melakukan pendakwaan politik. Beliau turut mendakwa pemimpin Umno berdepan pendakwaan politik ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ketujuh. “Asalkan didakwa sudah. Tujuannnya

Pertuduhan terhadap Shahrir diteruskan walau tidak lengkap - Saksi

Image
Pertuduhan terhadap Shahrir diteruskan walau tidak lengkap - Saksi BACA seterusnya di https://pakdin.my/161236 Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, bahawa Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Tommy Thomas mengarahkan dakwaan terhadap Tan Sri Shahrir Ab Samad diteruskan meskipun kertas siasatan belum lengkap. Penolong Penguasa Cawangan Sasaran Operasi Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Nurzahidah Yacop berkata demikian ketika perbicaraan kes Shahrir yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saksi pendakwaan ke-22 (SP-22) itu berkata, kertas siasatan daripada Timbalan Pendakwa Raya telah diterima, yang mana izin mendakwa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu diperoleh pada 15 Januari 2020. Nurzahidah, 35, juga bersetuju dengan cadangan peguam, Datuk Sy

[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita

Image
[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161232 Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di Shah Alam, Selangor terbongkar, selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira-kira RM3,500. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, suspek dalam lingkungan 20-an itu menggunakan taktik sama memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita, ketika mangsa menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 Shah Alam pada Selasa lalu. Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri. Dalam kejadian pertama, katanya, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg berisi pelbagai barangan berharga selepas menunaikan solat di Masjid Al-Azahariah pada 3.41 petang. “Dalam kejadian kedua, seorang jemaah wanita berusia 58 tahun menjadi mangsa kec

[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand

Image
[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161227 Kementerian Pertahanan bersedia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya Thailand memerlukan bantuan selepas kapal HTMS Sukhothai karam ketika ribut di Teluk Thailand, Ahad lalu. Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementerian melalui Panglima Tentera Laut sudah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk menawarkan bantuan berkenaan. Beliau berkata, pasukan SAR itu juga sedia diatur gerak pada bila-bila masa jika diperlukan. "Kementerian melalui Panglima Tentera Laut telah pun menghubunginya dan juga mempelawa sekiranya ada apa-apa keperluan yang boleh kami bantu. "Kita juga ada menghubungi Penasihat Pertahanan Negara Thailand di Kuala Lumpur (bertanya jika ada) apa-apa yang perlu kami bantu. Kami bersedia tetapi mereka mengatakan buat ketika ini, mereka dalam keadaan terkawal dan boleh menguruskannya sendiri. https://www.instagram.com/reel/

Pemandu teksi maut dalam nahas lintasan kereta api di Bangkok, Thailand

Image
Pemandu teksi maut dalam nahas lintasan kereta api di Bangkok, Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161223 Sebuah teksi memandu melalui penghadang dan dirempuh kereta api di persimpangan kereta api di Bangkok awal pagi tadi. Pemandu teksi maut serta-merta dalam kemalangan itu. Pegawai di Balai Polis Thung Song Hung menerima laporan awal pagi ini mengenai kereta api merempuh sebuah teksi awam di lintasan kereta api bertentangan dengan Persimpangan Taman Utara di daerah Lak Si di Bangkok. Pegawai dari State Railway of Thailand (SRT) pergi ke tempat kejadian bersama pegawai dari Thung Song dan Balai Polis Kereta Api Nopphawong, doktor forensik dari Hospital Bhumibhol, dan sukarelawan dari Yayasan Por Teck Tung. Polis menemui kereta api empat gerabak Bangkok – Kaeng Khoi Junction yang diletakkan di landasan bersebelahan teksi awam berwarna kuning dan hijau yang dengan pendaftaran Bangkok. Pegawai menggunakan peralatan pemotongan untuk mengeluarkan mayat pemandu teksi. Beliau dike

Kerana cemburu suami mencekik isteri dan tidur di sebelah mayatnya sepanjang malam

Image
Kerana cemburu suami mencekik isteri dan tidur di sebelah mayatnya sepanjang malam BACA seterusnya di https://pakdin.my/161219 Seorang lelaki Thai yang dalam keadaan mabuk mencekik isterinya dan tidur di sebelah mayatnya pada malam Selasa (20 Disember) di wilayah Udon Thani di timur laut Thailand. Dia berkata dia tidak tahu isterinya sudah mati. Pada 10 pagi Rabu (21 Disember), pegawai dari Balai Polis Mueang Udon Thani dimaklumkan bahawa seorang suami membunuh isterinya di kediaman pekerja binaan di daerah Kak Khaeng. Polis menemui Neramit, atau "Tum," yang berusia 46 tahun sedang duduk di tepi jalan menunggu untuk menyerah diri kepada polis. Di dalam rumah kongsi satu tingkat itu, polis menemui mayat Bee (nama samaran) berusia 34 tahun dalam keadaan terlentang di bawah selimut di atas katil. Pegawai forensik menganggarkan bahawa Bee meninggal dunia sekitar 10 jam sebelum itu. Sambil menangis, Neramit mencium pipi isterinya buat kali terakhir sebelum mengaku kepada polis bah

Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis

Image
Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161215 KOTA KINABALU: Keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Hajiji Noor, melibatkan gabungannya dengan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim terbukti tepat, kata seorang penganalisis politik. “Ia langkah politik yang bijak kerana GRS dan Sabah hanya mendapat manfaat daripada kerjasama itu, contohnya keputusan Putrajaya menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada negeri itu,” kata Jeniri Amir. Felo Majlis Profesor itu menjangkakan kerajaan persekutuan akan memulihkan lebih banyak hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). “Perikatan Nasional kini menjadi pembangkang, yang turut dianggotai PAS. Parti itu tidak diterima di Malaysia Timur. “Pemerintah pula terdiri daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kedua-dua gabungan itu berikrar akan memperkasakan Sabah dan Sarawak dan menawarkan kepada mereka per

[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok

Image
[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Sarawak akan dilanda hujan lebat berterusan bermula hari ini hingga esok. Berdasarkan kenyataannya di Facebook, hujan sangat lebat tahap bahaya diramal melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong manakala hujan lebat peringkat buruk berterusan dijangka berlaku di Sarikei serta Mukah membabitkan Tanjung manis dan Daro. Sementara itu, hujan berterusan peringkat waspada diramal melanda Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang. Amaran peringkat waspada juga dijangka berlaku di bahagian Pedalaman Sabah iaitu di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; Pantai Barat; Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. Labuan turut diramal mengalami cuaca sama. Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataannya juga turut meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat neger

[VIDEO] Dua maut dalam pertembungan dua pikap

Image
[VIDEO] Dua maut dalam pertembungan dua pikap BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161206 MIRI: Dua maut, manakala lima lagi cedera apabila dua pikap dipercayai bertembung di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu berhampiran Rumah Robert, Suai, tengah hari tadi. Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan terbabit daripada Balai Polis Batu Niah kira-kira jam 12.49 tengah hari.  “Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah diarahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya lebih kurang 38 kilometer dari balai sejurus terima panggilan kecemasan tersebut.  “Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda. "Terdapat dua mangsa dalam satu kenderaan didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media di sini.  Ahmad Nizam berkata setelah pemeriksaan dilakukan, komander operasi mengarahkan anggota bomba menggun

[VIDEO] Wanita berjubah cuba samun kedai emas diburu

Image
[VIDEO] Wanita berjubah cuba samun kedai emas diburu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161202 MELAKA – Polis memburu seorang wanita berjubah selepas dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang apabila suspek yang memakai jubah masuk ke kedai itu dan berpura-pura ingin membeli emas. Katanya, pengadu yang merupakan pekerja kedai berusia 16 tahun bagaimanapun terkejut apabila wanita terbabit tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya. “Wanita itu dikatakan masuk ke kedai dengan memakai jubah dan pelitup muka sebelum berpura-pura ingin membeli emas. “Ketika melayaninya, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dari beg galas lalu mengacukannya ke arah pengadu dan menyuruh memasukkan barang kemas ke dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Satu klip video be

[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan

Image
[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161198 Lebih 250,000 isi rumah masih terjejas akibat banjir setakat Khamis 22 Disember 2022 meskipun hujan berkurangan di selatan Thailand. Menurut kenyataan Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) terdapat tujuh kematian dilaporkan termasuk empat di Narathiwat. "Setakat hari ini, sejumlah 250,175 isi rumah di 86 daerah di sembilan wilayah iaitu Surat Thai, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilanda banjir," memetik kenyataan itu. Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan berkurangan di selatan Thailand mulai hari ini. "Monsun Timur Laut sederhana di Teluk Thailand menyebabkan hujan berkurangan di selatan negara ini mulai hari ini dan esok," menurut jabatan itu. https://youtu.be/sClrhUOa6jA Sementara itu, State Railway Thailand (SRT) mengumumkan bahawa 16 perkhidmata

[VIDEO] Tukang tilik warga India dituduh tipu wanita lebih RM500,000

Image
[VIDEO] Tukang tilik warga India dituduh tipu wanita lebih RM500,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161193 BUKIT MERTAJAM: Seorang tukang tilik warganegara India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu melibatkan wang berjumlah RM516,450 dalam kejadian sekitar tahun ini. N.Prakash, 24, membuat pengakuan itu di hadapan majistret Mohd Harith Mohd Mazlan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil. Prakash didakwa menipu M. Punitha dengan memperdayakan wanita itu untuk mempercayai bahawa dia boleh mengubat penyakit dan menilik nasib, sehingga mendorong Punitha menyerahkan wang berjumlah RM516,450 kepadanya. Kesalahan didakwa dilakukan di Lorong Perda Selatan 2, Bandar Perda di sini sekitar Mac hingga Oktober tahun ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbala

[VIDEO] Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam

Image
[VIDEO] Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161189 Banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Berdasarkan notis PRABN yang dikeluarkan 7 pagi ini, kawasan terlibat di Johor ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau). Di Pahang, tiga daerah terlibat iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar). Sementara itu, di Perak dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang. Bagi Terengganu pula, kawa

[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

Image
[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161185 GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan bas ekspres di Kilometer (KM) 24 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam (21 Disember 2021). Mangsa yang maut adalah pemandu van, Mhd Rizuan Ishak, 43, yang tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak, Muhamad Ihtisyam Muazam ShahIdris, 11, yang juga penumpang bas ekspres patah tulang pipi pada sebelah kanan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang. Baki 32 yang lain iaitu 31 penumpang dan seorang pemandu bas selamat. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku apabila van dipandu Mhd Ridzuan dari Gua Musang menghala Kuala Krai dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari Klang menuju Kuban

Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland

Image
Baru ada kelas, sewa Porsche Macan S - selama 4 hari di Auckland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161181 Misteri kenapa Menteri Besar Terengganu memulangkan kereta sewanya pada 18hb Disember walaupun beliau sepatutnya dijadualkan pulang dari Auckland pada 22hb Disember 2022  telah terjawab. Dia menukar SUV Toyota Highlander yang sewanya NZ$113 sehari atau RM316 sehari yang disewa selama 5 hari kepada Porsche Macan S dengan sewa NZ$399 sehari atau RM1,116 sehari yang disewa selama 4 hari hingga 22 Disember 2022, hari penerbangan pulangnya ke Malaysia melalui Sydney. Sepanjang perjalanan, dia juga mengambil nombor telefon bimbit tempatan New Zealand. Alang-alang bercuti kena lah nampak ada kelas tersendiri. Jangan memalukan penaja percutian.

MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan

Image
MPN, Majlis paling tak berguna ditubuhkan untuk Abah Kau dibatalkan BACA seterusnya di: https://tokabahkau.com/?p=34412 Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra. MPN ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri kepada Kementerian Kewangan, kata menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz. Beliau berkata, MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, tidak mempunyai kuasa eksekutif dan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan semata-mata. Dalam pada itu, Anwar juga sedang meneliti untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) memandangkan ada banyak badan seumpamanya, selain ada pertindihan bidang kuasa. “Apa

Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara

Image
Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Hanafiah Mat sahkan MB di luar negara BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161177 Kerajaan Terengganu berpendapat, tidak timbul apa-apa isu berhubung cara pengurusan banjir di negeri itu dijalankan walaupun Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar tiada. Mengesahkan keberadaan naib presiden PAS itu di New Zealand sekarang, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata dia sangat berpuas hati dengan semua pihak membantu mangsa banjir di negeri tersebut. "Sebagai timbalan pengerusi pengurusan bencana negeri, saya sangat berpuas hati di semua lapangan dan pusat penempatan sementara. "Semua exco dan juga wakil rakyat juga memainkan peranan dengan sangat baik," katanya Hanafiah yang juga Adun Chukai memaklumkan, Ahmad Samsuri memang berada di Auckland dan akan pulang pada hari ini. "Insya-Allah menteri besar akan balik dari New Zealand hari ini, tapi jam berapa, tidak dapat dipastikan

[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand

Image
[VIDEO] Musim banjir tidak sesuai PRU, hanya sesuai untuk bercuti di New Zealand BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161171 Menteri Besar Terengganu telah terbang keluar negara melancong bersama isterinya ke Auckland, New Zealand dengan penerbangan sambungan dari Sydney, pada Ahad 11 Disember 2022. Berdasarkan jadual perjalanannya, mereka dijadualkan pulang ke Malaysia pada Jumaat (23 Dis 2022). Tiket pergi balik kelas perniagaan untuk setiap orang berharga RM18,000 setiap seorang - bermakna RM36,000 untuk kedua-duanya. Ketiadaan beliau telah mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu kerana negeri yang paling teruk terjejas banjir. Setakat pagi ini, terdapat lebih 39,000 mangsa banjir di Terengganu. Menteri Besar Terengganu  tidak kelihatan di khalayak ramai sejak tarikh pemergiannya sehingga hari ini walaupun dia membuat satu catatan mengatakan bahawa banjir di Terengganu semakin teruk. Ini menunjukkan betapa hipokritnya PAS dan Perikatan Nasional. Samsuri juga adalah orang yang beru