Posts

Showing posts with the label CBT

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Image
[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160485/ Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Panglima Tentera Laut mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang  dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. “Saya faham, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya. Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Ramli sebagai pengarah urusan BNS yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited,  Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanpa kelulusan Ah

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Image
Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160481/ Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS) pada Selasa (16 Ogos). Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan. Sumber yang mengetahui berkaitan kes berkenaan mengesahkan akan ada pertuduhan dibuat esok. “Ya, kami akan mendakwa individu tertentu esok (Selasa),” kata sumber. Pada Julai di laporkan bahawa penyiasat SPRM yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuat pertuduhan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam projek LCS yang bernilai berbilion ringgit itu.