Posts

Showing posts with the label Selangor

Hujan lebat di Selangor, Kedah malam ini

Image
Hujan lebat di Selangor, Kedah malam ini https://huluselangor.com/?p=767340 Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lapan negeri sehingga pukul 9 malam ini 7/12/2023. Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat termasuk keseluruhan kawasan Pulau Pinang. “Selain itu, Kedah membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Pahang (Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol). “Bagi Sarawak pula, ia melibatkan Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala di Sabah membabitkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan,” katanya. Tambahnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka

[VIDEO] PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai

Image
PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166457 Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari . Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. “Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif be

PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

Image
PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin BACA seterusnya: https://pakdin.my/166397 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan. Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan. "Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Pe

PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Image
PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos . Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan. “Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“ Bagi maksud menjalankan PRN, SPR te

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Image
PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659 Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor sudah selesai berunding dan menyepakati agihan 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) itu tidak lama lagi. Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan dan menjangkakan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang pembubaran DUN. “Maknanya saya boleh cakap sudah 83 peratus (agihan kerusi DUN) selesai pada tahap ini. Ia perkembangan besar selepas hanya dua kali pertemuan di peringkat negeri. “Jadi (perbincangan) yang seterusnya akan dilaksanakan dalam minggu depan dan saya percaya kita akan mendapat kata putus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini hari ini. VIDEO berkaitan

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Image
Gol pelik punca Selangor diratah JDT Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159441    Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam. Malah pengendali dari Jerman itu menyifatkan agak pelik bagaimana gol pertama itu mampu dihasilkan tatkala memiliki barisan pertahanan mantap serta gawang gol pula dikawal penjaga gol berstatus pemain kebangsaan. "Gol pertama yang dijaringkan oleh JDT agak pelik dan itu yang saya nilai sendiri manakala gol kedua lawan ternyata kami tidak bernasib baik kerana ia menerusi sepakan percuma dan kedua-dua gol itu membuat pemain saya hilang konsentrasi. "Ia menjadi sukar buat kami apabila ketinggalan 0-2 dan terpaksa berhempas pulas menyusun kembali rentak permainan namun sekali lagi gol ketiga dijaringkan JDT yang saya anggap agak pelik sehingga

Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

Image
Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh.   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158432     Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15. “Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian. Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15. Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati. Sebelum ini Noh

[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat

Image
[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155942 - Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial. Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air. Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas. Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi. Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air. Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah. Di Selangor pula, di Dianggarkan lebih 50 rumah t

Amaran ribut petir: Rakyat Selangor, KL diarah berjaga-jaga

Image
Amaran ribut petir: Rakyat Selangor, KL diarah berjaga-jaga Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155939 - Rakyat Selangor dan Kuala Lumpur diarah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir di kedua-dua negeri pada petang Isnin. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang berkongsi di Facebook mengenai laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dikeluarkan pada jam 1.35 petang Isnin. Menurut hantaran tersebut, ribut petir dijangka melanda beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur hingga jam 5 petang. "Kawasan dijangka terlibat ribut petir dan hujan lebat ialah Petaling, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat," menurut laporan tersebut pada Isnin. Dalam pada itu, pihak MBSA menerusi hantaran tersebut turut mengingatkan warga Shah Alam mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa peka dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke masa. Dalam perkembangan lain, Putrajaya dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Jeleb