Posts

Showing posts with the label PAU

Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid

Image
Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163305 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, iaitu sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan parti terbabit bermula 7 hingga 10 Jun depan. “Untuk pengetahuan semua, mesyuarat MKT tadi telah menetapkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2023 bermula pada 7 sehingga 10 Jun. “Kita laksanakan Perhimpunan Agung UMNO agak awal kerana selepas itu kita akan menjelajah ke negeri-negeri untuk proses berkempen dan menggerakkan jentera bagi PRN,” katanya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/UJ8fdZqPmnI Katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTC Kuala Lumpur di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa konven

[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi

Image
[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi BACA seterusnya di https://pakdin.my/161570/ Isham berkata UMNO tidak akan sesekali meminda perlembagaannya bagi membolehkan dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti. Beliau berkata parti tidak pernah membangkitkan perkara itu dan mendakwa ia dibawa oleh pihak tertentu dengan niat memecahbelahkan UMNO. Mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 minggu depan, Isham berkata pelbagai perkara berbangkit akan dibincang termasuk isu kekalahan pada PRU15, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan pemilihan parti. "Kita akan bincang mengenai pemilihan UMNO kerana dalam waktu kritikal ini, keadaan ekonomi tidak elok, kita berdepan risiko kerajaan bertukar lagi dan sekiranya UMNO tak stabil, banyak perkara akan terjadi. "Jika tumbang kerajaan, berlaku lagi ketidakstabilan politik maka pelabur tak akan masuk. Apa akan jadi pada negara kita, jadi

MKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan

Image
  MKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan [LINK:  https://pakdin.my/?p=153394 ] UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung 2021 dari 16 hingga 19 Mac depan. Perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bulanan yang dijalankan malam tadi. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kesemua 14 orang perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri perhimpunan itu secara bersemuka dan tidak diadakan secara hibrid. “Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing pada kali ini. “Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi Mysejahtera, sanitasi dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan media. Pada Disember lalu, Ahmad Maslan memaklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan. Penangguhan tersebut merupakan susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan U