Posts

Showing posts with the label Mohamad Hasan

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Image
[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753 Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Timbalan Presiden UMNO. Para perwakilan yang saya hormati, 1. Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini. 2. Semoga perhimpunan kita ini, mendapat keberkatan, demi perjuangan kita untuk agama, bangsa dan tanahair. 3. Malam ini, saya mohon kita membelakangkan segala perbezaan. Mengenepikan segala emosi, dan memperbaharui setiakawan kita demi UMNO. Demi Malaysia. Demi bangsa Melayu. 4. Ketepikan segala apa jua kemarahan, dendam, luka dan nestapa. 5. Akhirnya, di mana ada manfaatnya, semua kemarahan, kebencian dan perbezaan tersebut untuk bangsa dan parti? 6. Jangan musnahkan UMNO dengan amarah, dan d...

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum - Mohamad Hasan

Image
[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum - Mohamad Hasan BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294 Perjanjian perolehan yang dicapai pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23), selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan keupayaan pertahanan dan tahap kesiapsiagaan negara berada pada tahap optimum. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA ‘23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan. “Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau antara negara dan kaedah untuk menggalakkan masa depan yang kukuh, stabil dan mampan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa majlis penutupan LIMA ‘23 di pekarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini, yang turut dihadiri M...

BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan

Image
BN Tak akan ambil mudah cabaran PRN - Mohamad Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164204 Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di tiga negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan sendiri, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata tumpuan penuh akan diberikan kepada kesemua enam negeri yang terlibat terutama dari segi kesiapsiagaan jentera parti. “Tak boleh kata kita, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (dikuasai Kerajaan Perpaduan) kita ada kelebihan, tidak ada perkara seperti itu, sebab pilihan raya sama macam main bola juga,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar di sini hari ini. Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tiga negeri lain yang akan berhadapan PRN ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai pembangkang. VIDEO berkaitan https://youtu.be/ZEmsVOQj...

[VIDEO] Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad

Image
[VIDEO] Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163228 Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear Perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System) , kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik Sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. “...Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan ...

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Image
[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976 KUALA LUMPUR -- Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menerima 50 unit ambulans bagi memperkasakan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan anggota tentera. Aset-aset yang akan ditempatkan di kem-kem ATM dan hospital-hospital ATM di seluruh negara antaranya Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju, Kem Terendak di Melaka dan Gemas di Negeri Sembilan itu diterima oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. “Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. Saya berharap agar ambulans-ambulans ATM berkenaan dapat digunakan oleh pihak luar yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM di Pad...

[VIDEO] Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU

Image
[VIDEO] Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU BACA seterusnya di https://pakdin.my/161773/?amp=1 Perang kognitif secara konsisten yang digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) terhadap UMNO telah berjaya mempengaruhi golongan muda dan pengguna media sosial untuk menolak parti itu. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak lawan telah menggunakan kaedah itu secara konsisten di ruangan maya untuk menyebarkan sentimen jahat terhadap parti itu. “Secara konsisten menggunakan ruang maya, sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa dan segala kata nista yang menjengkelkan. “Tidak cukup dengan itu, mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita. “Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video dan banyak lagi naratif lain. Dipancar dan disebarluaskan melalui platform TikTok, Instagram, Facebook...

[VIDEO] PH tidak bermuka-muka - Tok Mat

Image
[VIDEO] PH tidak bermuka-muka - Tok Mat BACA seterusnya di https://pakdin.my/161762/?amp=1 Pakatan Harapan (PH) yang bersikap tidak bermuka-muka menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti tersebut membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk membolehkan mengurus perbezaan. “Persoalan seterusnya ialah kerjasama dengan DAP. Di sebalik pendirian UMNO sebelum ini, pendirian politik mestilah diasaskan kepada realiti politik. Ia mesti disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa. “Kita memang kenal pendirian mereka. Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura. “Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara,” katanya semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pu...

[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand

Image
[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161227 Kementerian Pertahanan bersedia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya Thailand memerlukan bantuan selepas kapal HTMS Sukhothai karam ketika ribut di Teluk Thailand, Ahad lalu. Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementerian melalui Panglima Tentera Laut sudah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk menawarkan bantuan berkenaan. Beliau berkata, pasukan SAR itu juga sedia diatur gerak pada bila-bila masa jika diperlukan. "Kementerian melalui Panglima Tentera Laut telah pun menghubunginya dan juga mempelawa sekiranya ada apa-apa keperluan yang boleh kami bantu. "Kita juga ada menghubungi Penasihat Pertahanan Negara Thailand di Kuala Lumpur (bertanya jika ada) apa-apa yang perlu kami bantu. Kami bersedia tetapi mereka mengatakan buat ketika ini, mereka dalam keadaan terkawal dan boleh menguruskannya sendiri. https://www.instagram.com/reel/...

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Image
PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160633 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan. Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan. “Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir. “Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia. Mohamad yang leb...

9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat

Image
9 negeri siap sedia masuk PRU15, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160539/ Jentera Barisan Nasional (BN) di sembilan negeri sudah bersedia berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan Johor berada pada tahap tertinggi, kata pengarah pilihan rayanya, Mohamad Hasan. Katanya, sembilan negeri berkenaan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Pulau Pinang. Beliau berkata, kesemua negeri itu merupakan negeri dikunjunginya bagi sesi libat urus dengan gabungan terbabit. “Berdasarkan sesi libat urus yang dijalankan, kita dapati Johor khususnya tahap kesiapsiagaan sudah tinggi, boleh jadi kerana baru lepas pilihan raya negeri (PRN). Semangat masih tinggi kerana berjaya dengan cemerlang, semangat dan jawatankuasa di pusat daerah mengundi (PDM) juga masih ada. “Jika hendak diberitahu tahap kesiapsiagaan, Johor berada pada tahap lapan daripada 10,” lapor Utusan Malaysia. Mohamad yang juga timbalan pengerusi BN, berkata secara kesel...
Image
Jangan menari ikut pukulan gendang luar - Mohamad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159645 Setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. Enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan, selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar. Kedudukan pembahagian kerusi antara parti dalam BN masih kekal dengan status quo. Kepimpinan tertinggi UMNO dinasihatkan tidak 'menari' mengikut pukulan gendang pihak luar yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada beberapa kem. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. "Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. "Dalam u...

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Image
Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159637 Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah Mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti  Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan. Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan. “Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir. “Secara lazimnya,...

[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad

Image
[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad SUMBER:   https://pakdin.my/158197 ... SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'. "Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega. "Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana ...

Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15

Image
Tajuddin bidas Timbalan Presiden Umno ‘tekan’ PM adakan PRU15 Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155615 -  Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) membidas “kata dua” Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang mendesak PRU diadakan secepat mungkin. Menurut Tajuddin, Mohamad memberikan kata dua kepada Ismail agar meletak jawatan sekiranya gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong membuka laluan kepada PRU15, sedangkan kerjasama parti politik sedia ada membolehkan kerajaan Keluarga Malaysia yang stabil. “Apa punya kenyataan ini? Kenyataan ini seolah-olah menekan Perdana Menteri. Saya merasa kesal kerana ia datang daripada salah seorang pemimpin besar parti saya sendiri,” katanya pada perbahasan di Dewan Rakyat. Katanya, kenyataan yang dibuat begitu “menjejaskan” dan “menggugat” kestabilan kerajaan. “Kalau kita tekan Perdana Menteri macam mana lah kerajaan nak terus berusaha dengan pelbagai inisiatif dan usaha untuk kep...

#PRNJohor - Kestabilan ekonomi dijanjikan bertepatan dengan hasrat rakyat Johor - Pdf File

Image
#PRNJohor - Kestabilan ekonomi dijanjikan bertepatan dengan hasrat rakyat Johor - Pdf File  Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155571 - Membangunkan ekonomi Johor adalah keutamaan kepada Barisan Nasional (BN) dan atas dasar itulah Datuk Ir Hasni Mohamad menjanjikan kestabilan ekonomi di rantau itu seperti yang dinyatakan dalam manifestonya hari ini. Menurut Ahli Mahlis Tertinggi UMNO, Datuk Rahman Dahlan antara usaha BN empat tahun lalu adalah dengan termeterainya perjanjian di antara Aramco dan Petronas yang menjaminkan pelaburan berbilion ringgit. “Datuk Hasni faham dan tahu bahawa untuk Johor kembali menjadi harimau ekonomi di rantau ini, kestabilan politik dan pengalaman serta track record kerajaan adalah satu perkara yang wajib dikembalikan ke negeri Johor dan Malaysia. “Empat tahun lalu iaitu tepat pada hari ini, syarikat Aramco telah menandatangani perjanjian bersama Petronas berjumlah RM31 bilion untuk pelaburan Aramco di RAPID, Pengerang, Johor. “Pelaburan berju...

#PRNJohor: Jentera perlu bekerja keras, pastikan BN menang – Tok Mat

Image
  #PRNJohor: Jentera perlu bekerja keras, pastikan BN menang – Tok Mat [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154363 ] Setiap jentera perlu berusaha keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN serta mengenepikan segala sikap penting diri termasuk unsur khianat dan sabotaj kepada parti, pesan Pengarah Pilihan Raya bagi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kepada jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi. “Jangan mengkhianati sesiapa, jangan cakap kita khianat kita pujuk. Di Melaka kita pujuk, berunding tetapi pinangan kita ditolak ke tingkap kerana menyatakan BN tidak boleh menang. Dengan senang hati BN mentadbir Melaka tanpa ada gangguan mana-mana pihak. “Kita menang pilihan raya kerana kita bersama, kita menang pilihan raya kerana bersungguh-sungguh untuk menang, jangan berselisih faham kerana banyak kerusi yang kalah pada PRU (Pilihan Raya Umum) ke 14 kerana berselisih faham dan mensabotaj sesama sendiri,” kata Timbalan Pengerusi BN itu. Beliau berkata dem...

#PRNJohor: Jangan ambil mudah - Mohamad Hasan

Image
  #PRNJohor: Jangan ambil mudah - Mohamad Hasan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154196 ] Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu tidak seharusnya terbawa-bawa sentimen kemenangan di PRN Melaka dan harus menyusun strategi sebaik mungkin. "Masalah atau isu pembahagian kerusi kita belum lihat dan kita buat setelah adakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN.  "Saya dan rakan-rakan akan berbincang strategi dan taktikal untuk strategi dan seperti saya sebut, PRN Johor ini penting dan tak semudah disangka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina parti MCA, di sini hari ini. 

#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan - Mohamad Hasan

Image
#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan - Mohamad Hasan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154192 ] Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berasaskan keadaan politik di negeri itu dan bukan atas faktor kepentingan politik. Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanggapan yang mengatakan momentum Barisan Nasional dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini menjadi punca PRN Johor, adalah salah sama sekali. "Keadaan politik di Johor nampak tenang di bahagian atasnya, dalamnya menggelegak. Pernah satu hari Sidang DUN Johor, tidak ada keputusan kalau Speaker tidak guna casting vote, tak dapat luluskan satu bil. "Majoriti kerajaan Johor lebih satu kerusi sahaja, jadi hari itu ada seorang ADUN kerajaan kena kuarantin jadi tak dapatlah luluskan bil tanpa casting vote Speaker. "Apa yang kita nampak, bagaimana nak urus negeri dalam ke...

#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN

Image
#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN [Sumber: https://pakdin.my/?p=154003 ] Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah pilihan raya negeri (PRN) Johor parti itu. Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pelantikan itu dibuat hasil mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang semalam. Sementara itu, Menteri Besar Johor, Hasni Muhammad yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Ketua Penyelaras. “Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya dalam kenyataan. BERITA LANJUT MENYUSUL