Posts

Showing posts with the label Belia

Hari Belia Negara: Pelbagai inisiatif pembangunan belia diperkasa - Ahmad Zahid

Image
Hari Belia Negara yang diraikan hari ini merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ahmad Zahid berkata generasi muda hari ini semakin matang, berilmu serta memiliki daya fikir tinggi dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks dan mencabar. "Atas kesedaran ini, kerajaan terus memperkasa pelbagai inisiatif bagi meluaskan peluang pembangunan belia termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan, ekonomi hijau dan ekonomi digital, agar anak muda kita bukan sahaja mampu bersaing, malah bersedia memimpin perubahan masa hadapan.   "Saya yakin belia hari ini adalah pencorak masa depan. Teruslah melangkah dengan yakin dan menyumbang dengan semangat yang tinggi kerana masa depan negara ini amat bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan ...

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Image
  Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April 2025 menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi dengan majoriti 5,006 undi. Salah satu faktor utama kemenangan ini ialah sokongan golongan belia (pengundi muda), yang menjadi 45.9% daripada 31,897 pengundi berdaftar. Berikut adalah analisis mengapa belia kembali menyokong BN: 1.  Agenda Pembangunan dan Peluang untuk Belia Calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir, menekankan komitmen untuk meningkatkan pembangunan fizikal dan potensi belia. Beliau menjanjikan pembinaan kompleks sukan bersepadu serta program kemahiran dan ekonomi untuk golongan muda. Pendekatan ini menarik perhatian pengundi muda yang mahukan peluang pekerjaan dan pembangunan komuniti. Fokus pada Aspirasi Belia : BN menggunakan strategi "libat urus" dengan anak muda untuk memahami cabaran mereka secara langsung, seperti kos sara hidup dan akses pendidikan. Perancangan Jangka Panjang : Janji untuk meneruskan projek pembangunan almarhum ADUN I...

Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok

Image
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164822 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan golongan belia di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di Perak esok, bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut 15 Mei lepas.  Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan berkata ia bagi mengiktiraf peranan penting generasi berkenaan kepada negara. "Baginda telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak pada 19 Mei (esok) bertemakan ‘Belia Pewaris Negara Bangsa’.  “Baginda turut memperkenankan para pemimpin belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak, pada 19 Mei (esok), “ kata Mohd Annuar. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/jRE9WmrdT6Q Mohd Annuar berkata susulan itu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 24 nama pemimpin belia kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) u...