Posts

Showing posts with the label Logo

PRN Sabah: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Image
 Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan parti Maju Sabah (SAPP) akan bertanding sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 selepas mengesahkan mereka akan menggunakan logo parti masing-masing dan bukan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Tindakan itu menyebabkan kedua-dua parti tidak lagi berada dalam GRS susulan keputusan Majlis Tertinggi bahawa mana-mana parti komponen yang bertanding menggunakan logo sendiri tidak lagi menjadi sebahagian daripada gabungan berkenaan. Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat malam tadi yang berlangsung hampir dua jam, dipengerusikan Datuk Seri Hajiji Noor dan dihadiri presiden parti komponen. Beliau berkata Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee memaklumkankeputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu terikat dengan kuota agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dimuktamadkan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH). “Ini bermakna...

[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Hormati agenda dibawa kerajaan sempena Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166761 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar menghormati apa juga agenda yang dibawa kerajaan dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. Justeru, beliau berkata agenda dan tema Hari Kebangsaan tahun ini seharusnya diterima oleh semua lapisan masyarakat. “Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. Tema dan logo (Hari Kebangsaan) bukti kebersamaan kita sebagai negara maju meliputi segala aspek. "Kita boleh berbeza pandangan, pegangan dan pendapat, tetapi ada akhlak yang harus kita akui sebagai panduan utama kita. Ada tatacara, perbezaan dan pendapat tidak harus semberono," katanya. Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Majlis Penutupan MADANI Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Super Bikers Club (ISBC) sempena Peringatan Hari Poli...