Posts

Showing posts with the label Manchester United

Manchester United tumpas lagi dengan kekalahan 2-1 kepada Nottingham Forest

Image
Manchester United tumpas lagi dengan kekalahan 2-1 kepada Nottingham Forest https://pakdin.my/174715 Manchester United mengalami kekalahan 2-1 di Nottingham Forest pada hari Sabtu ketika pasukan tuan rumah menambah derita kepada pelawat yang tunduk dengan jaringan Nicolas Dominguez dan Morgan Gibbs-White memastikan mata penuh di City Ground. MU dibawah kendalian Erik ten Hag bergelut di tempat ketujuh dengan 31 mata daripada 20 perlawanan selepas kekalahan ke-14 musim ini. Kali terakhir mereka mengalami banyak kekalahan dalam satu musim adalah pada tahun 1930-31. "Hasilnya jelas. Ia mengecewakan," kata Ten Hag kepada BBC. "Kekalahann itu tidak sepatutnya. Kami tewas pada separuh masa pertama. Kami tidak cukup bertenaga, Ia merupakan kemenangan liga pertama Forest ke atas United sejak 1994, dan pertama di tempat sendiri dalam era Liga Perdana, untuk menggembirakan pengurus mereka yang baru dilantik Nuno Espirito Santo. “Musim ini secara amnya telah satu langkah ke hadapan

Kempen paling buruk Manchester United

Image
Kempen paling buruk Manchester United BACA seterusnya di  https://pakdin.my/74240 MANCHESTER United mengesahkan jangkaan banyak pihak apabila akhirnya tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini ekoran kekalahan 0-1 menentang Bayern Munich pada aksi terakhir Kumpulan A di Old Trafford awal pagi semalam. Aksi awal pagi semalam menyaksikan United tiada pilihan kecuali mencatat kemenangan dan mengharapkan satu lagi aksi melibatkan FC Copenhagen dan Galatasaray berakhir seri, namun kedua-dua harapan tersebut berkecai apabila mereka kalah, manakala wakil Denmark itu mencatat kemenangan. Lebih malang buat skuad kendalian Erik Ten Hag itu, mereka turut gagal melayakkan diri untuk aksi playoff Liga Europa selepas menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan tersebut dan ia merupakan kali pertama berlaku dalam rekod pasukan itu di saingan Eropah sejak 2005. Selain itu, musim ini juga United mencipta sejarah ‘malapetaka’ apabila hanya mampu meraih empat mata dalam enam aksi sek

EPL: Newcastle tewaskan Manchester United

Image
EPL: Newcastle tewaskan Manchester United BACA di: https://pakdin.my/173969 NEWCASTLE - Jaringan tunggal Anthony Gordon sudah cukup buat Newcastle United yang bergelut dengan krisis kecederaan pemain menewaskan Manchester United 1-0. Pada perlawanan tersebut,'Magpies' yang menurunkan skuad kedua dilihat mendominasi perlawanan sehingga menyukarkan barisan pertahanan manchester United yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan ketika bertemu dengan sembilan pasukan teratas Liga Inggeris musim ini. Kemenangan itu bermakna skuad bimbingan Eddie Howe menduduki tangga kelima liga dengan 26 mata manakala Manchester United tergelincir ke tangga ketujuh dengan 24 mata selepas 14 perlawanan. Pengurus Newcastle, Eddie Howe nyata gembira dengan persembahan yang ditunjukkan anak-anak buahnya pada perlawanan berkenaan. "Saya sangat gembira dengan persembahan yang ditampilkan para pemain terutamanya ketika menentang tiga pasukan teratas liga. "Kemenangan ini memberikan suntika

EPL: Man. United dan Man. City tewas, Arsenal kembali unggul

Image
EPL: Man. United dan Man. City tewas, Arsenal kembali unggul BACA seterusnya di: pakdin.my/168512 LONDON – Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Manchester City mengalami kekalahan mengejut pada saingan malam ini. United yang dikendalikan oleh Erik Ten Hag tewas kepada Crystal Palace hasil jaringan tunggal yang dilakukan oleh Joachim Andersen pada minit ke-25. Skuad The Red Devils berusaha untuk bangkit mencari gol penyamaan tetapi kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus merekodkan kekalahan ke-4 pada saingan musim ini. Sementara itu, City selaku pendahulu EPL tewas buat kali pertama kepada Wolverhampton dengan keputusan 1-2 di Stadium Molineux. City meraih gol tunggal hasil jaringan Julian Alvarez manakala tuan rumah mendapatkan jaringan menerusi gol sendiri pertahanan City, Ruben Dias dan penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan. Pasukan Arsenal pula kembali berada di landasan kemenangan selepas mudah menewaskan Bournemouth 4-0 di tempat law

Man United jadi bahan ketawa seluruh dunia

Image
Man United jadi bahan ketawa seluruh dunia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160548/ Kekalahan memalukan 0-4 Manchester United kepada Brentford mengejutkan seluruh dunia sehinggakan pengkritik, media dan peminat tergamam dengan prestasi menyedihkan gergasi bola sepak Liga Perdana itu. Erik ten Hag hanya memegang jawatan itu sejak Jun lalu tetapi sudah pun menghadapi tekanan besar apabila muncul bos pertama yang tewas dalam dua perlawanan awal liga sejak 1921. Pengkritik dan pemerhati bola sepak seperti Gary Neville, Jamie Carragher dan Rio Ferdinand semuanya membidas pemain selepas beberapa kesilapan dilakukan mereka termasuk penjaga gol berprofil tinggi, David de Gea. Bukan hanya di UK sahaja United dikecam, malah seluruh dunia termasuk dari Australia sehingga ke Vietnam dan Afrika turut kecewa dengan prestasi mereka. Vietnam News merumuskan kekalahan terbaru United itu dengan tajuk: 'Mengapa tidak untuk mentertawakan United'. Akhbar berita Australia, Fox Sports pula berca