[VIDEO] Sistem pam tak berfungsi punca banjir kilat di Shah Alam
[VIDEO] Sistem pam tak berfungsi punca banjir kilat di Shah Alam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166707 SHAH ALAM – Sistem pam air tidak berfungsi punca banjir kilat di sekitar Seksyen 13 di sini hari ini. Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, hasil pemantauan mendapati banjir kilat tersebut adalah sedalam 0.3 meter. Katanya, bagaimanapun tiada pemindahan dilakukan sepanjang banjir kilat tersebut. “Banjir kilat itu susulan hujan lebat dan sistem pam tidak berfungsi. Bagaimanapun, air mulai surut selepas pam diperbaiki oleh Majlis Bandaraya Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, enam lokasi sekitar Seksyen 13 dilanda banjir kilat sejak pukul 4 petang 16 Ogos 2023. Ini meliputi jalan Persiaran Sukan Seksyen 13, laluan bulatan Stadium menghala bangunan Accapela dan sekitar jalan Surau Munawwarah. Turut terjejas adalah laluan di lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Jalan MSU lama dan Pangsapuri Perdana.