[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi
[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165141 JOHOR BAHRU – Seorang pengasuh sebuah taska yang sebelum ini tular di media sosial kerana mendera dua bayi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bertindak cuai yang menyebabkan kecederaan fizikal mangsa, Mac lalu. Tertuduh, Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 2 Ogos depan untuk fakta dan penghukuman atas pengakuan bersalah dibuat tertuduh. Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis taska yang beralamat di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira pukul 1...