Posts

Showing posts with the label Bukit Sentosa

[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa

Image
[VIDEO] Polis buru suspek ragut di Bukit Sentosa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163983 HULU SELANGOR: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian ragut di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya mengesan hantaran gambar dan video di laman Facebook jam 3 petang semalam. Katanya, polis menerima laporan berhubung kes ini pada jam 10.30 pagi kelmarin. "Hantaran itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal meragut rantai leher seorang wanita berusia 39 tahun ketika mahu masuk ke pasar raya. "Suspek dipercayai warga tempatan manakala mangsa juga warga tempatan dan bekerja di sebuah kilang. https://youtu.be/ZzUdGOMx1ug "Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)," katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ke

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

Image
Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu BACA seterusnya:  https://pakdin.my/160401 HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah dekat Bukit Sentosa di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, wanita yang menjadi mangsa adalah guru disiplin berusia 52 tahun yang ketika itu sedang membuat rondaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata guru wanita terbabit menerima laporan daripada seorang guru berhubung pelajar lelaki berusia 15 tahun berambut panjang. Beliau berkata, susulan itu mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar lelaki terbabit. "Bagaimanapun, pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh mangsa dan memukul guru itu menggunakan batang penyapu. "Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya," katan