Posts

Showing posts with the label Syria

Video Lama Dari Syria Dikongsi sebagai 'Hamas Membakar Askar Israel Hidup-hidup'

Image
Video Lama Dari Syria Dikongsi sebagai 'Hamas Membakar Askar Israel Hidup-hidup' BACA seterusnya di  https://pakdin.my/170767/ Video ini adalah video tahun 2016 dan menunjukkan askar Turki dibakar hidup-hidup oleh ISIS. Video yang menunjukkan dua lelaki beruniform ditarik dari sangkar dan kemudian dibakar menjadi tular di media sosial dengan mendakwa bahawa ia menunjukkan 'pengganas Hamas membakar hidup-hidup dua askar Israel'. (Nota: Kami mengelak daripada menambah sebarang pautan ke video tular kerana sifat klip yang menyedihkan.) Apakah kebenarannya?: Video itu video tahun 2016 dan menunjukkan kumpulan Islamic State (ISIS) membakar dua askar Turki hidup-hidup.

[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria

Image
[VIDEO] Gempa 7.4 SR gegar Turkiye dan Syria BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162244 ANKARA/IDLIB  -- Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin telah meragut lebih 500 nyawa di negara itu dan Syria. Menurut Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay, sekurang-kurangnya 284 orang terbunuh manakala 2,323 yang lain cedera serta 1,710 bangunan musnah di negara itu setakat ini, lapor Agensi Anadolu. Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan disusuli 78 gegaran susulan. Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu. "Presiden (Recep Tayyip Erdogan) telah mengikuti dan menguruskan bencana itu sejak kejadian gempa bumi berlaku," kata Oktay. Beliau menambah bahawa Lapangan Terbang Hatay termasuk Kahramanmaras dan Gaziantep kini ditutup untuk penerbangan awam. Turkiye tel