Posts

Showing posts with the label Pelabur

Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan

Image
Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 ialah ketidakstabilan politik dan ketidakstabilan kerajaan BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160966 Pelabur tempatan dan pelabur asing kurang melabur sebab bimbang kerajaan serta dasar-dasar kerajaan asyik bertukar-tukar. Ini menyebabkan ekonomi negara lembab dan negara semakin ditinggalkan negara-negara lain sejak 4 1/2 tahun lalu. Ianya masalah yang turut dihadapi negeri Johor dan juga mesej yang disampaikan Najib bagi kempen PRN Johor. Negeri Johor dipimpin oleh empat Menteri Besar berasingan dari tahun 2018 hingga 2020. Kerajaan negeri yang mempunyai majoriti yang amat tipis telah menyebabkan pelaburan ke dalam Johor jatuh mendadak. Sebelum PRU14, Johor biasanya menduduki tempat pertama bagi jumlah pelaburan diterima antara semua negeri. Pada tahun 2018, Johor masih pada tempat pertama tetapi jatuh ke tempat ke-empat pada tahun 2019 dan tempat ke-lima bagi tahun 2020 dan 2021. Sebab itu, Najib minta pengundi Johor untuk mengembal
Image
PH musnahkan asas kukuh dibina BN, #PRNJohor untuk kembalikan kestabilan – Hasni [Sumber: https://pakdin.my/?p=154745 ] JOHOR BAHRU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) telah merosakkan kesinambungan kecemerlangan Johor seperti yang dilakukan ketika Barisan Nasional (BN) berkerajaan dahulu. Katanya, pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sebenarnya memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang berupaya sebaiknya bagi mentadbir dan mengembalikan kecemerlangan negeri ini. “22 bulan PH memimpin negeri ini ianya telah memperkotak-katikkan begitu banyak asas-asas kukuh yang dibina selama ini, maka tidak selayaknya negeri ini diperlakukan sebegitu sebab itu kita hari ini membuat keputusan yang berani. “Tiada siapa yang menyuruh kita mengadakan PRN tapi atas kesedaran bahawa sekiranya tidak (dilaksana), lagi banyak sengsara yang akan berlaku, sebab itu s

PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Image
  PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri [Sumber: https://pakdin.my/?p=153559 ] Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad tetap berpegang teguh dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor tentang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menasihatkan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Alhmarhum Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengadakan PRN. “Saya rasa justifikasi untuk mengadakan PRN itu lebih penting kerana kita mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Udang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. “Justeru, pihak-pihak tertentu tidak perlu bimbang, saya akan berpegang teguh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Penghantaran AirAsia Super App di Johor Bahru City Square, di sini baru-baru ini. Menteri Besar menambah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa pihaknya ti