Posts

Showing posts with the label Serdang

[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah

Image
[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161497   Sepasang suami isteri ditangkap di Serdang, Kedah selepas disyaki terbabit dalam kejadian letupan sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu 30 Disember 2022. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penangkapan tersebut dibuat atas maklumat risikan yang dibuat oleh pihak polis. “Penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 tahun dan 33 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Serdang,Kedah pada pukul 7.20 malam, semalam 3 Januari 2023. “Polis percaya tangkapan tersebut boleh membantu dalam menjalankan siasatan kes letupan bom di Pandan Indah, Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Sasikala Devi, perintah tahanan reman telah dipohon dan pihak Majistret telah membenarkan tahanan reman terhadap pasangan itu selama tujuh hari sehingga Selasa minggu hadapan. https://www.instagram.com/reel/C

Nak sangat ke kena rogol?

Image
Nak sangat ke kena rogol? Selanjutnya:  https://pakdin.my/157492 - Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol secara bergilir lima lelaki warga Afrika mengundang padah apabila dia bakal dihadapkan ke mahkamah akibat penipuannya itu. Perbuatan wanita warga asing berusia 20 tahun itu terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, wanita itu pada mulanya membuat laporan polis pada 7.30 petang, 1 Februari lalu. "Berdasarkan laporan, dia mendakwa disamun dan dirogol semasa berada di tepi jalan SP5/4 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan. "Lima lelaki warga Afrika dikatakan mengambil barang milik pengadu dan merogolnya secara bergilir-gilir," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, bertindak atas maklumat kejadian itu, polis menjalankan siasatan dan hasil laporan doktor perubatan menunjukkan tiada kesan rogol terha

[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar

Image
[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar -  https://pakdin.my/155087 - Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita yang maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan teman lelaki mangsa berusia 33 tahun pada jam 11.30 pagi, semalam. "Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selepas dia datang menyerah diri. "Hasil soal siasat dilakukan, lelaki berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu. Motif pembunuhan itu dipercayai kerana cemburu. "Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Terdahulu, dilaporkan seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu ditemuk

[Video] Lima kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh, mendap di Serdang

Image
 [Video] Lima kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh, mendap di Serdang [Sumber: https://pakdin.my/?p=153802 ] SERDANG – Sebanyak lima buah kereta yang diletakkan berhampiran deretan rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, di sini, rosak selepas berlaku pemendapan serta runtuhan tanah hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tanah runtuh itu pada jam 6.38 petang. Katanya, bertindak atas panggilan itu, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang telah bergegas ke lokasi kejadian. “Sejurus tiba di lokasi, pemerhatian bomba mendapati berlaku pemendapan tanah berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis yang diberhentikan di tempat itu turut ‘tenggelam’ bersama dalam runtuhan itu dan mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah Norazam, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kem