Posts

Showing posts with the label Amang Seksual
Image
Mahkamah: Wanita sumbing dan suami mengaku lakukan amang seksual terhadap budak 15 tahun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174082 KLANG – Sepasang suami isteri dengan seorang daripadanya sumbing berdepan penjara sehingga 30 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lalu. Khairul Hizwan Kamarudin, 32, dan Norehan Abu Kasim, 35, membuat pengakuan bersalah termasuk membiarkan remaja tersebut melihat perbuatan seksual mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam. Mengikut pertuduhan, Khairul Hizwan yang melakukan kerja-kerja kampung dan Norehan sebagai suri rumah masing-masing didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang dada remaja perempuan itu bagi tujuan seksual. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017. Norehan yang sumbin

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Image
[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496 Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun ketika kejadian pada November tahun lepas. Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. Ibu kepada lima orang anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan telah mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh, antara 17 dan 18 Feb 2022

Reman ibu amang seksual anak lelaki 14 tahun, sambung tiga hari

Image
Reman ibu amang seksual anak lelaki 14 tahun, sambung tiga hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163849 Reman seorang ibu yang dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun disambung selama tiga hari, bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata reman terhadap wanita berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi tadi. "Sambung reman hingga 10 Mei 2023 (Rabu)," jawabnya ketika dihubungi. BERITA sebelum: Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki Pada 4 Mei lepas, seorang ibu lima anak direman lima hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, dekat sini pada 2 Mei selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah vi

Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki

Image
Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163803 PUNCAK ALAM – Seorang wanita dicekup berhubung melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki berusia 14 tahun di Puncak Alam di sini, kelmarin. Penahanan suspek berusia 33 tahun itu susulan laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor berhubung video lucah hubungan seks antara wanita itu dan mangsa. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu. Katanya, suspek terdahulu telah membuat oral seks sebelum menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengannya di sebuah bilik di rumah mereka. VIDEO berkaitan https://youtu.be/59css7y_eBU “Suspek juga telah merakam hubungan seks tersebut menggunakan telefon bimbit sendiri. Bagaimanapun polis telah merampas gajet yang digunakan itu, manakala mangsa tel

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan

Image
Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak rakan SUMBER:  https://pakdin.my/158202 ... KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas ditahan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu. Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu semalam ketika hadir memberi keterangan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kejadian didakwa pada Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan. Beliau berkata, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa. "Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan. "Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut. &quo