Posts

Showing posts with the label Mahkamah

[VIDEO] Pembelaan Najib tampil bongkar percanggahan saksi pendakwaan, tekankan bukti derma Saudi tidak direka

Image
 Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak pada Isnin menegaskan wujud percanggahan ketara dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam perbicaraan akhir kes penyelewengan dana 1MDB, khususnya berkaitan isu derma daripada keluarga diraja Arab Saudi. Peguam Najib, Dato’ Hasnal Rezua Merican, berkata bahawa dua saksi utama pendakwaan, iaitu Joanna Yu dari AmBank dan bekas pegawai Jho Low, Jasmine Loo, telah memberikan dua versi cerita yang saling bercanggah berhubung asal-usul empat surat sumbangan Arab Saudi yang menjadi isu utama dalam kes itu. Menurut Joanna Yu, keempat-empat surat derma tersebut telah diterima oleh AmBank menjelang Jun 2014, manakala Jasmine Loo pula mendakwa surat-surat itu dipalsukan pada Januari 2015 di Mayfair, London, oleh Kee Kok Thiam, atas arahan Jho Low. “Maknanya, pihak pendakwaan sendiri membawa dua cerita yang bercanggah. Bagaimana surat yang sudah diterima pada Jun 2014 boleh dikatakan dipalsukan pada Januari 2015?” kata Hasnal di video penerangannya...

Tidak pernah minta kekebalan tapi keadilan yang saksama – Najib

Image
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah menuntut sebarang bentuk kekebalan, sebaliknya hanya mahukan kesaksamaan dan hak dilindungi di bawah undang-undang, sama seperti individu lain yang dibicarakan atas pertuduhan jenayah yang dihadapi. “Saya hanya menuntut kesaksamaan, hak untuk diberikan perlindungan undang-undang sepertimana mana-mana individu lain yang dibicarakan sebelum saya. “Oleh yang demikian, keputusan Yang Arif dalam kes ini akan memberi kesan yang melangkaui kedudukan saya sendiri, ia akan menentukan bentuk prinsip keadilan yang diamalkan di negara ini,” katanya ketika membaca kata-kata pengantar dalam kendang tertuduh sebelum hujahan diakhir kes pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang di Mahkamah Putrajaya. Kata-kata pengantar itu disediakan oleh Najib sendiri semasa di Kompleks Penjara Kajang pada 26 September lalu. Menurut beliau, keputusan hakim bicara dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development B...

Kematian Zayn Rayyan ‘mencurigakan’ – Pakar Forensik

Image
Doktor pakar yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu kematian kanak-kanak autistik itu sebagai ‘mencurigakan’. Pakar Perubatan Perunding Forensik Jabatan Perubatan Forensik yang kini bertugas di Hospital Pasir Gudang Johor, Dr. Rohayu Shahar Adnan berkata, ini kerana kecederaan kanak-kanak tersebut tidak selari dengan keadaan sekitar lokasi kejadian mangsa ditemui. Selain itu saksi turut memberitahu kes kematiannya bukan kematian biasa tetapi dikategorikan sebagai mencurigakan atau ‘homicide until proven otherwise’. “Pegawai penyiasat ketika itu Asisten Superitendan Mohd. Nasir Mustapha telah membawa saya dan pegawai perubatannya ke kawasan perumahan flat (Apartment Idaman) tersebut dan telah ke kawasan di sungai di mana mangsa di temui. “Apabila saya melihat pada laluan ke sungai tersebut, terdapat cerun dan bukit yang mana keadaan laluan ini adalah kompleks untuk kanak-kanak autisme dan kesukaannya bukan air kerana sejarah daripada pegawai perub...

Representasi Najib gugur pertuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei ini

Image
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd. Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan pihaknya memohon tarikh pengurusan kes baharu untuk memaklumkan mengenai keputusan representasi itu. “Representasi yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Ogos 2023 belum diputuskan lagi. Sehubungan itu, kami mohon tarikh pengurusan kes yang sesuai untuk memaklumkan mengenai keputusan representasi tersebut,” katanya pada pengurusan kes itu hari ini. Mendengar perkara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan surat tambahan berhubung representasi itu kepada AGC esok. Muhammad Shafee turut memohon tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ...

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang

Image
Pengasuh kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa beliau mendengar suara kanak-kanak autistik itu seolah-seolah cuba melepaskan diri daripada seseorang semasa mencarinya bersama adiknya di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada petang hari kejadian mangsa dilaporkan hilang. Auni Afiqah Abas, 30, berkata demikian semasa disoal balas peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari pada hari kelapan perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. Saksi pendakwaan ke-17 itu bersetuju dengan peguam bahawa dia ada menyatakan suara Zayn Rayyan seolah-olah ingin melepaskan diri daripada seseorang, semasa ditemu ramah satu media yang disiarkan secara langsung menerusi TikTok. Haresh: Jadi, itu lah suara arwah Zayn Rayyan yang anda (Auni Afiqah) dengar pada petang 5 Dis 2023, betul? Auni Afiqah: Ya, betul. Auni Afiqah berkata semasa dia m...

Puan Isma macam menjerit “Zayn ini salah mummy” – Saksi

Image
Saksi pendakwaan kesembilan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari dia bahawa Ismanira Abdul Manaf yang merupakan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, seolah menjerit “Zayn ini salah mummy”. Siti Aminah Nor Mad Ali, 40, yang merupakan guru pendidikan khas itu berkata, kata-kata ibu Zayn Rayyan itu didengar ketika beliau dan pihak sekolah melawat penjaga Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023.Saksi itu berkata pada tarikh itu, beliau dan pihak sekolah ke rumah ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi memberi sokongan dan semangat berikutan kehilangan kanak-kanak tersebut. “Sewaktu di rumah itu, nenek Zayn, guru besar dan puan Isma (Ismanira) ada. Waktu itu nenek Zayn cuba menenangkan puan Isma sebab dia kelihatan seperti trauma. Tiba-tiba saya dengar puan Isma macam menjerit “Zayn ini salah mummy”. Saya dan guru besar rasa terkejut tapi saya anggap perkara itu (macam menjerit) adalah sebab terlalu sedih,” kata Siti Aminah. Siti Aminah Nor berkata demikian ketika pem...

Bicara Zayn Rayyan: Saya sangka mungkin dia disorok hantu – Saksi

Image
Saksi pendakwaan ketujuh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini dia beranggapan terdapat unsur mistik dalam kes kehilangan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin. Ahmad Nur Syaharuddin Mad Zawawi, 36, berkata, dia percaya jasad Zayn Rayyan mungkin “disorokkan”. -Advertisement- Pendakwaan: Terangkan kenapa berjalan ke belakang Blok R, (Apartment Idaman). Siapa maklumkan? Saksi: Tiada yang maklumkan apa-apa, kami terasa…sebab fikir kadang-kadang ada perkara mistik. Pendakwaan: Setelah jalan ke belakang Blok R, apa yang berlaku? Saksi: Kami mula pencarian di khemah, kemudian ke hilir anak sungai sehingga penemuan (lokasi) jasad. Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz. Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Haresh Mahadevan yang bertanya mistik yang dimaksudkan, saksi itu memaklumkan ia mungkin disorokkan hantu. Peguam: Jadi kamu percaya ada unsur mistik dalam penemuan jasad Zayn Rayyan? Saksi: Bukan pada ...

AGC Tolak Representasi Ibu Bapa Zayn Rayyan Semak Semula Pertuduhan Abai Anak

Image
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan pasangan Zaim Ikhwan Zahai dan Ismanira Abdul Manaf untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh di sini hari ini bahawa AGC menolak representasi itu yang diserahkan kepadanya pada 19 November lalu. Raja Zaizul kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk menyelesaikan permohonan dokumen tambahan oleh pihak pembelaan. Hakim, kemudian menetapkan 10 Januari tahun depan bagi sebutan untuk membolehkan pihak-pihak memuktamad penyerahan dokumen perbicaraan. Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan yang berdepan satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu, tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.49 pagi. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris selepas peguam terdahulu, Fahmi Abd. Moin menarik diri daripada mewa...

Kes Ahmad Zahid: Majlis Peguam tak tahu atau buat-buat tak tahu

Image
 Kes Ahmad Zahid: Majlis Peguam tak tahu atau buat-buat tak tahu BACA seterusnya di: pakdin.my/167352 - Majlis Peguam putar belit fakta dengan menyebut 'penarikan balik sepenuhnya kes' melibatkan Ahmad Zahid. Peguam Negara boleh 'memberhentikan pertuduhan' di mana-mana peringkat selagi penghakiman belum diberikan oleh mahkamah dan ini termasuk di peringkat selepas kes prima facie telah dibuktikan. Representasi-representasi yang dikemukakan dalam kes Ahmad Zahid memiliki terlalu banyak butiran dan setiap representasi mempunyai lebih 200 muka surat tidak termasuk dokumen sokongan yang dilampirkan.  Peguam Negara serta Jabatan Peguam Negara tidak boleh secara semberono menolak representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh sebaliknya perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang-undang. Jabatan Peguam Negara, dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan, masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbud...

[VIDEO] Mahkamah lepas tanpa bebas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lepas daripada 47 pertuduhan

Image
[VIDEO] Mahkamah lepas tanpa bebas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lepas daripada 47 pertuduhan BACA seterusnya di: pakdin.my/167323 - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi Timbalan Perdana Menteri bagi menggugurkan kesemua tuduhan. Pihak pendakwaan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berdasarkan 11 alasan mengikut peruntukan 145 Perlembagaan Persekutuan.  Bagaimanapun, peguam bela Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan. Ini kerana, ia tidak adil kepada anak guamnya untuk menangguhkan perbicaraan ke satu tempoh yang tidak tentu.  https://youtu.be/0LkSxxRXp4c 10 April lalu, Datuk...

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Image
[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit. "Mahkamah telah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah," kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh...

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Image
[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664 GEORGE TOWN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas. Nadzirah Azizoh @ Azizam, 43, dari Jalan Pokok Sena, Kedah mengaku bersalah terhadap dakwaan melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Penang antara jam 2 pagi dan jam 2.25 pagi 19 Mac lepas, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Majistret Azlan Basri turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Sementara itu, di mahkamah yang sama dua lagi wanita, Nurul Najihah Abu Bakar, 23, dan Nor Hafiza Rosli, 32, mengaku tidak bersalah dan memohon bicara selepas pertuduhan sama dibacakan terhadap mereka. Nurul Najihah dan Nor Hafiza masing-masing dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan Azlan menetapkan tarikh 28 Jun untuk sebutan...

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Image
[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644 Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. “Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.  Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, bagi parti Bersatu. Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau didakwa sebagai perdana menteri dan presiden parti itu telah menggunakan kedudukanny...

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Image
[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/   Mahkamah di Luxembourg yang bersidang Selasa lalu membuat keputusan memihak kepada kerajaan Malaysia atas dakwaan seorang individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kepada Sultan Sulu. Mahkamah berkenaan juga telah mengetepikan perintah penahanan yang telah dipohon oleh individu berkenaan yang bertindak sebagai penuntut di Luxembourg pada 11 Januari 2022. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, perintah penahanan yang telah diketepikan itu telah dipohon berasaskan dua award timbang tara yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr. Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion. Katanya, kerajaan Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan itu, yang telah dirancang oleh penuntut. “Mal...

[VIDEO] Pelakon Sharnaaz Ahmad akan dituduh cederakan orang

Image
[VIDEO] Pelakon Sharnaaz Ahmad akan dituduh cederakan orang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161927 Pelakon, Sharnaaz Ahmad, tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini, untuk didakwa kerana mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sharnaaz memakai baju kemeja biru dan berseluar hitam diiringi dua peguamnya masuk ke lobi mahkamah pada jam 9.34 pagi 18 Januari 2023. Pelakon itu kelihatan tenang dan sempat menyampaikan salam serta mengucapkan selamat pagi kepada lebih 10 pengamal media yang merakam foto serta videonya. Pada 16 Jun tahun lalu, Sharnaaz ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dilaporkan berkata kejadian bermula apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak. Bagaimanapun, rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran an...

[VIDEO] Tukang tilik warga India dituduh tipu wanita lebih RM500,000

Image
[VIDEO] Tukang tilik warga India dituduh tipu wanita lebih RM500,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161193 BUKIT MERTAJAM: Seorang tukang tilik warganegara India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu melibatkan wang berjumlah RM516,450 dalam kejadian sekitar tahun ini. N.Prakash, 24, membuat pengakuan itu di hadapan majistret Mohd Harith Mohd Mazlan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil. Prakash didakwa menipu M. Punitha dengan memperdayakan wanita itu untuk mempercayai bahawa dia boleh mengubat penyakit dan menilik nasib, sehingga mendorong Punitha menyerahkan wang berjumlah RM516,450 kepadanya. Kesalahan didakwa dilakukan di Lorong Perda Selatan 2, Bandar Perda di sini sekitar Mac hingga Oktober tahun ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbala...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Image
[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161117/ Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019. Bagaimanapun, Hakim Kamaludin mengekalkan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap pelakon itu dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Pelakon filem Remp-It 2 itu membayar denda berkenaan. Kamaludin dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah bersetuju dengan peguam perayu bahawa Mahkamah Majistret tidak konsisten dalam membuat pertimbangan ketika menjatuhkan hukuman terhadap Farid Ka...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Image
Soalan untuk Ketua Hakim Negara BACA seterusnya https://pakdin.my/160738/ Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak dijawab. Baiklah elok kita ulangi pertanyaan itu.  1. Betulkah permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Melayu. Apakah Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand dalam kes Teoh Beng Hock fasih cakap Melayu? 2. Alasan permohonan Najib guna Peguam DiRaja dari UK ditolak kerana Peguam dari Malaysia cukup pakar. Tetap kenapa Jabatan Peguam Negara guna peguam swasta Gopal Seri Ram jadi pendakwa? Apakah negara tidak ada pendakwaraya yang pakar setelah 65 tahun merdeka? 3. Najib memohon Ketua Hakim Negara menarik diri kerana suaminya adalah penyokong pembangkang secara terbuka. Masalahnya kenapa Ketua Hakim Negara sendiri yang menjadi hakim sama ada dia perlu tarik diri atau tidak. Sudah pasti permohonan Najib ditolak. C...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Image
[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160485/ Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Panglima Tentera Laut mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang  dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. “Saya faham, saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya. Mengikut pertuduhan pertama, Ahmad Ramli sebagai pengarah urusan BNS yang diamanahkan dengan penguasaan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM13,541,140 ke akaun Syarikat Setaria Holding Limited,  Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapura tanp...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Image
Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160481/ Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS) pada Selasa (16 Ogos). Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekitar jam 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan. Sumber yang mengetahui berkaitan kes berkenaan mengesahkan akan ada pertuduhan dibuat esok. “Ya, kami akan mendakwa individu tertentu esok (Selasa),” kata sumber. Pada Julai di laporkan bahawa penyiasat SPRM yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk membuat pertuduhan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam projek LCS yang bernilai berbilion ringgit itu.