Posts

Showing posts with the label Rabies

Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini

Image
Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164676 KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian dilaporkan di Sarawak dari 1 Jan hingga 15 Mei tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan 59 kematian. Beliau berkata daripada 11 kes yang dilaporkan tahun ini, empat kes masing-masing dari Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua kes dari Bahagian Kuching dan satu kes dari Bahagian Bintulu. “Lapan kes yang dilaporkan tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar haiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/LzZolucC