Posts

Showing posts with the label Ayam

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Image
Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160501/ Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang. Kebanyakan penternak takut nak bela ayam masa ini kerana tidak mahu berlaku lebihan. Ayam besar-besar yang sepatutnya dihantar ke Singapura ‘sangkut’ di ladang. Tuduhan wujud kartel sampai sekarang tidak di temui. Seorang pemilik syarikat pembekal dan pembeli ayam khuatir masalah baharu akan muncul apabila sekatan eksport ditarik, akibat ketiadaan maklumat mengenai tempoh sekatan dan kelambatan kerajaan membuat keputusan. Baharudin Ahmad di NB Poultry Processing Industries berkata, ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang. Katanya, sebelum ini penternak men

Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam

Image
  Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam [Sumber: https://pakdin.my/?p=154114 ] TEKNIK memanggang ayam di dalam tempayan atau pasu memang tidak asing lagi dan bukan suatu yang luar biasa. Namun, bagi membikin kelainan, dua sahabat, Hisham Abdul Hamid dan Muhammad Khairun Nur Rashid telah mengolah teknik pembakaran dengan menggunakan arang kayu bakau yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha. Kata Hisham, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa arang jenis itu membangkitkan lebih aroma yang tersendiri dan membuatkan sajian ayam tempayan sentuhannya bukan biasa-biasa. Tidak bergantung kepada itu sahaja, pengasas Ayam Tempayan Serkam yang terletak di Serkam, Melaka turut mengambil berat soal pemilihan tempayan. "Saya telah mengubah suai saiz (tempayan) yang berukuran 0.6 meter (m) lebar dan 0.75m tinggi bagi memastikan 13 ekor ayam dapat dipanggang serentak dan sempurna. Prinsip saya, ayam mesti garing di luar dan lembut di dalam. "Tempoh untuk