Posts

Showing posts with the label Piala Asia

Piala Asia: Harimau Malaya 0 Jordan 4 - ‘mimpi ngeri’ di Qatar

Image
Piala Asia: Harimau Malaya 0 Jordan 4 - ‘mimpi ngeri’ di Qatar https://pakdin.my/175020/ Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan hambar apabila tewas 0-4 kepada jaguh Asia Barat, Jordan pada aksi pertama Kumpulan E sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, pasukan kebangsaan kendalian Kim Pan-gon membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Darren Lok dan Romel Morales. Namun, Malaysia yang menguasai permainan pada awal saingan gagal mengekang serangan balas pantas yang dilakukan oleh pasukan lawan dikedudukan ranking ke-87 dunia itu. Jordan meraih gol pertama hasil ledakan cantik bekas penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al Mardi pada minit ke-12. Pasukan lawan terus mengasak dan berjaya meledak gol kedua menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh penyerang yang berpangkalan di Ligue 1, Mousa Al Tamari berselang lima minit kemudian. Nasib Malasyia bertambah parah a

Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan

Image
  Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan https://pakdin.my/173667/ Harimau Malaya sekali lagi mempamerkan kematangan apabila kekal bersikap positif dan tidak putus asa untuk memastikan kemenangan mutlak 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada aksi pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Walaupun terpaksa mengharungi tempoh kira-kira 30 minit penuh tekanan ketika ketinggalan 3-1, anak buat Kim Pan-gon terus melawan hingga memperoleh tambahan tiga lagi gol di babak kedua. Hujan renyai kira-kira 15 minit sebelum sepak mula seakan beri petanda ngauman Harimau Malaya yang dilihat cukup garang sejurus wisel permulaan dibunyikan pengadil perlawanan, Ammar Ebrahim Hasan Mahfoodh. Segalanya sempurna buat skuad negara yang hanya memerlukan enam minit untuk menghasilkan gol pertama menerusi Dion Cools sekaligus menjadikan peratusan permainan lebih condong kepada Harimau Malaya. Walaupun terus menyajikan aksi berkualiti dan dihidangkan

Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak

Image
Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159337    Laluan sukar untuk Harimau Malaya ke Piala Asia. Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain. Beraksi dalam keadaan padang yang becak sepatutnya memberikan kelebihan kepada Malaysia Malaysia memilih laluan sukar untuk ke Piala Asia 2023 selepas tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi. Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan. Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan. Beraksi dalam keadaan padang yang becak jelas memberikan kelebihan kepada Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.