Posts

Showing posts with the label Omicron

Australia beri dos keempat vaksin COVID-19

Image
Australia beri dos keempat vaksin COVID-19 Sumber:  https://pakdin.my/157603 = SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Australia menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas mulai bulan depan berikutan timbul pelbagai rantaian baharu Omicron. Malah, kumpulan penasihat teratas mengenai vaksin turut meluluskan suntikan keempat untuk kumpulan rentan iaitu berusia lebih 65 tahun, orang asli lebih 50 tahun, lemah imun dan penghuni rumah jagaan. Enam minggu lalu, negara lain termasuk Perancis, Jerman dan Sweden serta pihak berkuasa kesihatan di England mengesyorkan dos vaksin keempat bagi mereka yang paling terdedah termasuk warga emas. Australia melaporkan kadar jangkitan harian lebih daripada 50,000 beberapa hari lalu iaitu kira-kira dua kali ganda berbanding bulan sebelum ini akibat peningkatan varian BA.2 Omicron. Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata dos tambahan akan diberikan mulai 4 April, dua bulan sebelum bermulanya musim sejuk Australia dan

Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

Image
Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157206 - SEPERTI sudah dijangka, virus Covid-19 akan terus bermutasi. Kebimbangan Omicron belum lagi terlerai, kini muncul varian baharu yang dikenali sebagai Deltacron iaitu 'gabungan' Delta dan Omicron. Pun demikian, pakar penyelidik antarabangsa meminta penduduk dunia supaya tidak terlalu gusar atau panik terhadap penemuan varian terkini itu. CNN Indonesia memetik artikel yang disiarkan oleh New York Post berkata, sehingga kini masih belum disahkan atau belum ada sebarang bukti kukuh yang menunjukkan wabak tersebut boleh menjangkiti dengan pantas. Menurut Pakar Virus, Institut Pasteur, Perancis, Etienne Simon-Loriere memaklumkan, ciri virus sementara yang dikenal pasti tidak menunjukkan tanda-tanda menyebabkan fasa baharu wabak itu. Ia turut disahkan melalui pemeriksaan jujukan genom keseluruhan oleh saintis di IHU Méditerranee Infection di Marseille

Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat

Image
Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat [Sumber: https://pakdin.my/?p=154912] KOTA BHARU: Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan sejak dua minggu lalu menyebabkan penggunaan unit rawatan rapi (ICU), katil hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata penggunaan ICU untuk pesakit COVID-19 adalah 47 peratus, diikuti katil hospital bukan kritikal adalah 84 peratus dan PKRC sebanyak 63 peratus. Katanya, peningkatan ini disebabkan ada kes individu yang positif COVID-19 dalam kategori 3, 4 dan 5. "Namun, kes bagi ketiga-tiga kategori itu tidak membimbangkan kerana kebanyakan kes yang positif COVID-19 harian adalah dalam kategori 1 dan 2. "Kebanyakan pesakit juga hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan kepada individu yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dr Zaini berk

Dos penggalak Sinovac tersedia di semua PPV offsite mulai Isnin

Image
Dos penggalak Sinovac tersedia di semua PPV offsite mulai Isnin - [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154602 ] Dos penggalak vaksin jenis Sinovac akan tersedia di semua pusat pemberian vaksin (PPV) offsite mulai Isnin, kata ProtectHealth Corp Sdn Bhd (ProtectHealth). Syarikat itu berkata ia selaras dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 7 Feb bahawa semua penerima vaksin Covid-19 Sinovac kini boleh memilih dos vaksin ketiga pilihan mereka. “Mereka yang layak menerima dos penggalak dan mahu mendapatkan vaksin jenis Sinovac boleh menyemak senarai PPV offsite di laman web ProtectHealth,” tambahnya dalam kenyataan. ProtectHealth berkata dos penggalak Sinovac akan diberikan secara percuma di semua PPV offsite. Isnin lalu, Khairy mengumumkan sejumlah 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac masih belum mendapatkan suntikan penggalak, dengan berkata golongan itu terdedah kepada jangkitan varian Omicron. “Mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidakla

#PRNJohor tidak boleh ditangguhkan, kata PM

Image
#PRNJohor tidak boleh ditangguhkan, kata PM [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154597 ] Pilihan raya negeri (PRN) Johor tidak boleh lagi ditangguhkan kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Jelas beliau, jika ditangguhkan, ia disifatkan mustahil untuk dilakukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh penting seperti penamaan calon dan pembuangan undi untuk PRN berkenaan. Katanya, penangguhan PRN Johor hanya boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengumumkan darurat dan sudah tentu pihaknya tidak akan berbuat demikian. “Ia tidak boleh (tangguh PRN Johor). Hanya ada satu cara yang boleh tangguhkan PRN iaitu dengan mengadakan darurat, itu sahaja kaedahnya. “Apabila DUN sudah dibubarkan, butiran pilihan raya sudah diumumkan termasuk tarikh dan sebagainya, ia memang tidak boleh ditangguhkan. Kalau nak ditangguhkan hanya dengan mengumumkan darurat di seluruh Johor. “Kalau kita buat darurat, tak akan Johor sahaja darurat,

UK syor kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak perlu divaksin

Image
UK syor kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak perlu divaksin [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154577 ] LONDON: Seorang saintis di United Kingdom (UK) mendakwa pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak yang sihat adalah sia-sia sahaja kerana sebahagian besar golongan itu dijangkiti varian Omicron ringan dan sudah pulih. Lapor Daily Mail, Panel Penasihat Program Vaksinasi Britain dijangka membuat pengumuman mengenai pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada minggu ini. Ketika ini, hanya kanak-kanak dalam kumpulan umur itu yang secara klinikal terdedah kepada virus atau tinggal bersama ahli keluarga, ditawarkan suntikan vaksin Covid-19 di Britain. Menurut pakar penyakit berjangkit dari Universiti East Anglia, Prof. Paul Hunter, langkah menawarkan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dilihat tidak membawa perbezaan yang ketara. Kenyataan beliau disokong oleh satu laporan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Britain yang menganggarkan hampir tiga perem

Cirit-birit antara simptom awal varian Omicron

Image
  Cirit-birit antara simptom awal varian Omicron [SUMBER:  https://pakdin.my/?p=154532 ] NEGARA kini sudah berada sepenuhnya dalam gelombang baharu Covid-19 yang dicetuskan varian Omicron. Ia dibuktikan dengan peningkatan kes yang melonjak lebih 10,000 semalam. Lebih membimbangkan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjangkakan, jumlah kes harian akan terus mencanak naik dan bakal mencecah 15,000 tidak lama lagi. Baca juga Kisah Dr Li Wenliang, wira pertama beri amaran Covid-19, genap 2 tahun meninggal dunia Sebenarnya, bukan sahaja Malaysia, lapor Nation Thailand, jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron mula mengancam 20 negara di Asia seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Pun demikian, perkara yang dirisaukan oleh pakar perubatan sedunia adalah pandangan bahawa Omicron tidak berbahaya seperti Delta. Persepsi itu nampaknya menyebabkan masyarakat tidak peka dengan situasi semasa. Bercakap mengenai varian Omicron, seorang Pakar Pulmonari dari Hospital Persahabatan, Indonesi

增186宗Omicron病例分布全国

Image
   質隞蝝航恣439摰Omicron靘嚗憓憭颲亙385摰嚗芸隞116摰撅嚗49摰撅甈∪雿36摰函洵銝€嗡撌撅衣渲綽寥28摰€唬號26摰€璉桃啣21摰€敶凋漕18摰€瑽撌16摰€撽砍剔脣餃璆澆15摰€頞10摰€餌撣8摰€瘝撌4摰嚗隞亙撣餌撣1摰€喃54摰砍靘嚗頞憭折典嚗敶敺34摰嚗亦€舫芸啗9摰€蝥喲賢4摰€瘝撌2摰嚗隞亙敶凋漕1摰€ [LINK:  https://pakdin.my/?p=153535 ]