[Video] ‘King’ redah palang tol RFID
[Video] ‘King’ redah palang tol RFID Selanjutnya di: https://pakdin.my/158322 - Sehingga kini, transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih menjadi keluhan ramai pengguna disebabkan kaedah tersebut sering bermasalah. Semalam, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi merempuh palang tol di laluan berkenaan di sebuah lebuh raya. Video yang dikongsikan Adrian Tan di Facebook itu telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memahami situasi pemandu tersebut apabila sistem di laluan RFID gagal mengesan kenderaan yang lalu. Sementara itu, melihat pada rakaman tersebut, pemandu Myvi berkenaan telah mencuba sebanyak empat kali sambil menggerakkan keretanya ke arah depan dan belakang bagi memastikan pelekat RFID pada kenderaannya dapat dikesan oleh sistem. Namun, selepas beberapa kali percubaannya gagal, pemandu akhirnya bertindak melanggar palang tol dan meneruskan perjalannya sehi...