Posts

Showing posts with the label Wanita

Jodoh Azurin di Eropah berakhir

Image
Jodoh Azurin di Eropah berakhir https://pakdin.my/174786/ HAJAT penjaga gol skuad wa­nita kebangsaan, Nur Azurin Mazlan untuk terus melebarkan ‘sayapnya’ lebih lama lagi di benua Eropah tidak kesampaian selepas tamat kontrak dengan kelab Kosovo, KFF Presingu FC. Pemain berasal dari Selangor itu berada di Kosovo sejak 25 Ogos lalu dan dijadualkan pulang ke tanah air hari ini selepas kontraknya beraksi dalam saingan Liga Wanita Kosovo berakhir 31 Disember lalu. Bagaimanapun, Azurin, 23, sama sekali tidak menyesal, sebaliknya berbangga kerana dapat pengalaman bernilai beraksi di luar negara buat kali kedua dalam kariernya. “Kontrak saya sudah tamat dengan KFF Presingu selepas tidak disambung. Kita setuju untuk tidak disambung atas sebab-sebab tertentu. “Doakan yang baik-baik untuk perjalanan kami. Insya-Allah pe­rancangan lebih besar daripada apa yang kita jangkakan,” kata­nya. Ini adalah kelab luar negara kedua buat Azurin selepas pernah beraksi cemerlang mengawal gawang Misaka United FC

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Image
[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753 Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan Timbalan Presiden UMNO. Para perwakilan yang saya hormati, 1. Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini. 2. Semoga perhimpunan kita ini, mendapat keberkatan, demi perjuangan kita untuk agama, bangsa dan tanahair. 3. Malam ini, saya mohon kita membelakangkan segala perbezaan. Mengenepikan segala emosi, dan memperbaharui setiakawan kita demi UMNO. Demi Malaysia. Demi bangsa Melayu. 4. Ketepikan segala apa jua kemarahan, dendam, luka dan nestapa. 5. Akhirnya, di mana ada manfaatnya, semua kemarahan, kebencian dan perbezaan tersebut untuk bangsa dan parti? 6. Jangan musnahkan UMNO dengan amarah, dan d

[VIDEO] Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU

Image
[VIDEO] Perang kognitif di media sosial 'rebahkan' UMNO pada PRU BACA seterusnya di https://pakdin.my/161773/?amp=1 Perang kognitif secara konsisten yang digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) terhadap UMNO telah berjaya mempengaruhi golongan muda dan pengguna media sosial untuk menolak parti itu. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak lawan telah menggunakan kaedah itu secara konsisten di ruangan maya untuk menyebarkan sentimen jahat terhadap parti itu. “Secara konsisten menggunakan ruang maya, sebagai lubuk untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa dan segala kata nista yang menjengkelkan. “Tidak cukup dengan itu, mereka melabel pemimpin kita kleptokrat, tidak bermoral dan segala macam lagi tohmahan lain yang mampu mencemar kepimpinan kita. “Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video dan banyak lagi naratif lain. Dipancar dan disebarluaskan melalui platform TikTok, Instagram, Facebook

[VIDEO] PH tidak bermuka-muka - Tok Mat

Image
[VIDEO] PH tidak bermuka-muka - Tok Mat BACA seterusnya di https://pakdin.my/161762/?amp=1 Pakatan Harapan (PH) yang bersikap tidak bermuka-muka menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti tersebut membuat keputusan berdasarkan pilihan paling sesuai untuk membolehkan mengurus perbezaan. “Persoalan seterusnya ialah kerjasama dengan DAP. Di sebalik pendirian UMNO sebelum ini, pendirian politik mestilah diasaskan kepada realiti politik. Ia mesti disesuaikan dengan keperluan dan kedinamikan semasa. “Kita memang kenal pendirian mereka. Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura. “Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara,” katanya semasa Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pu

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022

Image
[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161752/?amp=1 Para perwakilan yang saya hormati; 1. Terlebih dahulu marilah kita sama2 melafazkan rasa syukur, yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan, keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini. 2. Allah yang Maha Mengatur segalanya. Dan kepada Allah jualah, kita memohon hidayahNya, agar pertemuan pada malam ini, menjadi perhimpunan yang membuahkan kebaikan. Khususnya kepada agama Islam, tanah air tercinta, dan orang Melayu kita. 3. Kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri, selamat dating, dan selamat bersidang, saya ucapkan. Para perwakilan sekelian, 4. Saya amat sedar bahawa, kita sedang berhimpun, di suatu malam, dalam pertemuan, yang sangat luar biasa. 5. Malam dan pertemuan, yang bukan mudah, bagi kita semua. Apatah lagi, buat kami, di barisan pimpinan tertinggi. 6. Malam yang kami harus tampil, menjelaskan setiap p

[VIDEO] Wanita mengandung 7 bulan didakwa cuba rompak kedai emas

Image
[VIDEO] Wanita mengandung 7 bulan didakwa cuba rompak kedai emas BACA seterusnya di: https//pakdin.my/161336 Seorang wanita mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini. Norraniza Muhamad Puslam, 35, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia didakwa cuba merompak Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, di Kedai Emas Daz Jewellery Mydin Ayer Keroh, pada pukul 4.45 petang, 20 Dis lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin. https://youtu.be/HKMpVj4ONFA Bagaimanapun peguam tertuduh, Illya Shahar memohon jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya berpendapatan sederhana, mengandung dan mempunyai dua anak berusia 5 dan 2 tahun,

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Image
[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160847/ Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada Selasa. Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penculikan wanita itu di kawasan Broga, Lenggeng, pada Isnin. “Sebelum insiden itu, pada Ahad jam 6.30 petang pengadu memaklumkan menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan. “Bertindak daripada laporan berkenaan, pihak polis menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa,” katanya menurut Sinar Harian. Bagaimanapun, Dzaffir berkata pada Selasa, kira-kira 3.30 petang, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat. https://www.instagram.com/tv/CjKrDdXgtfn/?utm_source=ig_web_copy_l

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

Image
[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160490/ BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui selamat hanya kira-kira 1.4 Kilometer dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini. Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, selepas lima hari usaha pencarian dilakukan akhirnya wanita berkenaan, Painah Siwan,79, ditemui pada pukul 11.25 pagi tadi. Katanya, wanita berkenaan yang ditemui berhampiran lopak air dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 900 meter dari Pusat kawalan operasi. “Turut ditemui bersama wanita berkenaan adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun kelapa sawit yang sudah siap diraut. “Wanita itu kemudiannya di rujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan kesihatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya melalui ken

(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak

Image
(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak Selanjutnya di:   https://pakdin.my/159197 PASIR MAS: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam. Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan. Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu. “Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. “Semakan awal mendapati kereta tersebut didaftark

Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan

Image
Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154152 ] MARANG – Wanita kemurungan yang hilang sejak empat hari lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat di dalam kawasan belukar di Kampung Batu Penunggul, di sini hari ini. Rohana Abu Bakar, 49, ditemui pasukan mencari dan menyelamat sedang duduk di dalam buaian kain di kawasan belukar itu pada pukul 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, ibu kepada tiga anak itu dijumpai kira-kira tiga kilometer dari pondok yang didudukinya. “Wanita itu berada dalam keadaan sihat, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini motif kehilangannya masih belum ketahui,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi mencari dan menyelamat Rohana dilancarkan pada pukul 10 pagi hari ini selepas menerima aduan kehilangan wanita itu di Balai Polis Bukit Payung di sini. Kehilangan wanita yang mengalami kemurungan itu disedari salah seorang anaknya