Posts

Showing posts with the label Akta Dadah Berbahaya

Anggota polis wanita ditahan positif dadah ketika berhibur

Image
Seorang anggota polis wanita berusia 26 tahun ditahan dalam Ops Hiburan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini awal pagi Rabu kerana didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata dalam operasi yang dijalankan pukul 2 pagi itu, wanita berkenaan didapati positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, Ketamin dan Benzo selepas menjalani ujian saringan air kencing. "Wanita tersebut,  yang merupakan pegawai rendah polis sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata anggota polis itu direman selama dua hari sehingga hari ini dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. Selain anggota polis wanita tersebut, Mohamad Lazim berkata seramai 66 individu lain diperiksa dan 11 warga asing ditahan atas kesalahan...

[Video] 2 artis berdepan hukuman gantung

Image
[Video] 2 artis berdepan hukuman gantung Sumber:  https://pakdin.my/157851   ..... Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan hukuman lebih parah iaitu gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan akibat memiliki pelbagai jenis dadah. Terdahulu, kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Isma Halil Hamzah, 49, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021. Isma Halil mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini, Februari lalu. Terkini, pada Khamis lalu (24 Mac), seorang penyanyi nasyid lelaki, Yasin Sulaiman ditahan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini dan pemeriksaan menemui 17 batang pokok ganja di rumah berkenaa...