Posts

Showing posts with the label Sarawak

[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak

Image
[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166472 KUCHING - Malang tidak berbau, tiga lelaki yang sedang mencari rezeki di tepi pantai berakhir tragedi apabila dihanyutkan arus deras di Esplanade Buntal, Kampung Buntal, awal pagi tadi. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, seorang daripada mangsa dapat menyelamatkan diri, namun dua rakannya dilaporkan hilang.  Komander Operasi Pero Guyuh berkata, kedua-dua mangsa yang dikhuatiri lemas berusia 39 dan 25 tahun.  Sekitar jam 3.30 pagi, Pero berkata penduduk kampung menjumpai mangsa dikenali Mohamad Amin Umar  pada jarak 400 meter dari lokasi mangsa hilang. Manakala, selang 12 minit kemudian pasukan penyelamat bersama penduduk kampung  menjumpai mangsa kedua dikenali Awang Khairul Aziq Awang Chula pada jam 3.42 pagi. Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur

Image
[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166417 MIRI: 27 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas blok tengah rumah panjang Long Wat di Apoh Baram musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Maklumat awal yang diperoleh dari Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 1.33 pagi 9 Julai 2023. Pihak Bomba kemudiannya bertindak menghubungi pelapor bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kebakaran yang berlaku. "Bagaimanapun pasukan bomba hanya dapat ke lokasi kejadan pada awal pagi kerana perkhidmatan feri beroperasi bermula jam 6 pagi," ujarnya. Dalam pada itu, Balai Polis Long Lama menghubungi Bilik Kawalan BBP Marudi pada jam 5.19 pagi tadi dan memaklumkan hanya blok tengah rumah panjang sahaja yang terbakar dan berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang pada jam 2.30 pagi. Dimaklumkan hanya 27 pintu terbakar (blok te

Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo

Image
Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165031 KUCHING -- Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.  “Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.  Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu tidak pe

Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’

Image
Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/152689 Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara real time’ atau data masa nyata. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti. Katanya kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang. “Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/5yiZPdjGKlY “Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko se

Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini

Image
Rabies: Sembilan kes kematian di Sarawak tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164676 KUCHING, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia termasuk sembilan kes kematian dilaporkan di Sarawak dari 1 Jan hingga 15 Mei tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata jumlah itu menjadikan jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 adalah sebanyak 66 kes dengan 59 kematian. Beliau berkata daripada 11 kes yang dilaporkan tahun ini, empat kes masing-masing dari Bahagian Sibu dan Bahagian Serian, dua kes dari Bahagian Kuching dan satu kes dari Bahagian Bintulu. “Lapan kes yang dilaporkan tahun ini mempunyai sejarah digigit anjing, dua kes mempunyai sejarah digigit atau dicakar kucing, manakala satu kes tidak diketahui oleh ahli keluarga sama ada mempunyai sejarah digigit atau dicakar haiwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/LzZolucC
Image
[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026 MIRI: Seekor anak paus berukuran empat meter ditemui terdampar di pantai Kampung Nelayan Batu 4, Kuala Baram. Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pasa jam 12 tengah hari tadi. “Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati seekor anak ikan paus dengan anggaran panjang empat meter telah terdampar di tepi pantai,” katanya dalam satu kenyataan. Katanya, operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam bagi memudahkannya untuk berenang ke laut. 

[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar

Image
[VIDEO] Cabut lari tapi tertinggal telefon, lelaki santap makanan RM1,000 menggigil apabila disuruh membayar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161947 KUCHING, SARAWAK- Seorang lelaki nekad melarikan diri selepas makan hidangan lebih RM1,000 di sebuah restoran masakan Jepun, Icom Square pada Isnin 16 Januari 2023.  Namun, lelaki terbabit kembali semula ke restoran berkenaan kerana tertinggal telefon bimbitnya sekitar jam 11 pagi semalam untuk menuntut semula telefonnya itu.  Selepas insiden itu dan nasihat daripada orang ramai di media sosial, Izakaya Japanese Restaurant di Icom Square menerusi akaun rasmi Facebooknya berkata, pihaknya bertindak mengunci pintu selepas lelaki terbabit masuk ke restoran berkenaan untuk menuntut telefonnya.  "Kami meminta dia membayar bil makanannya yang belum dibayarnya sebelum ini.  "Dia cuba membayar menggunakan kad debit dan terlihat tangannya terketar-ketar ketika menekan nombor pin kad debitnya tetapi gagal.  "Kami juga cuba melaku

[VIDEO] 15 pintu Blok F rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran

Image
[VIDEO] 15 pintu Blok F rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran BACA seterusnya di https://pakdin.my/161545/ BELAGA: Lima belas pintu sebuah rumah panjang, Blok F di Uma Bakah, Sungai Asap musnah dalam satu kebakaran hari ini 5 Januari 2023. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1) Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga dengan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda digerakkan ke lokasi, katanya ketika dihubungi. Sehubungan itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke blok lain oleh Pasukan Bomba Sukarela Uma Daro Liling. “Maklumat awal jumlah penghuni rumah panjang yang terjejas seramai 68 orang, namun kesemua penghuni dilaporkan selamat,” ujarnya.

[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok

Image
[VIDEO] Hujan lebat di Sarawak hingga esok Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Sarawak akan dilanda hujan lebat berterusan bermula hari ini hingga esok. Berdasarkan kenyataannya di Facebook, hujan sangat lebat tahap bahaya diramal melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong manakala hujan lebat peringkat buruk berterusan dijangka berlaku di Sarikei serta Mukah membabitkan Tanjung manis dan Daro. Sementara itu, hujan berterusan peringkat waspada diramal melanda Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang. Amaran peringkat waspada juga dijangka berlaku di bahagian Pedalaman Sabah iaitu di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; Pantai Barat; Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. Labuan turut diramal mengalami cuaca sama. Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataannya juga turut meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat neger

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

Image
[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160768/ MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19 September 2022. Sebelum itu, bapa mangsa menerima maklumat berhubung penemuan barangan milik anaknya, Tan Mei Ling, 15, di kawasan pantai berkenaan pagi tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, pihaknya menerima panggilan daripada bapa mangsa pada pukul 7.25 pagi yang memohon bantuan mencari dan menyelamat anaknya di pantai tersebut. “Lelaki itu mendapati barang kepunyaan anaknya seperti beg tangan, telefon bimbit dan sepasang kasut mangsa berada di tepi laut selepas panggilan telefon dijawab oleh orang awam di sekitar kawasan tersebut. “Pada pukul 11.19 pagi, pasukan penyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan persisiran pantai dan mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari Pusat

[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar

Image
[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160530 TANJUNG MANIS: Dua lelaki maut selepas lori treler dinaiki mereka yang membawa sebuah jengkaut dipercayai tersangkut pada kabel elektrik dan terbakar, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kampung Semalau menghala ke Kampung Jerijih di sini sekitar jam 9 pagi 19 Ogos 2022. Menurutnya, mangsa ialah Hi Sieh King, 61, seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia yang belum dikenal pasti identitinya. "Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis menerima laporan pada jam 9.15 pagi mengenai kebakaran sebuah lori treler yang membawa jengkaut dan sepasukan anggota bomba terus digerakkan ke lokasi. "Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati lengan jengkaut yang dibawa oleh lori treler terbabit tersangkut pada kabel elektrik dan kebakaran sedang berlaku di

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

Image
[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160405/ KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di sini jam (5 Ogos 2022). Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku pada pukul 9:45 pagi apabila enjin perahu dinaiki empat sekeluarga itu menghadapi masalah. “Enjin perahu mengalami masalah dan gagal dihidupkan menyebabkan perahu hanyut lalu melanggar tongkang yang berlabuh mengakibatkan perahu berkenaan karam. “Ayah mangsa, Antas Agang bersama isteri dan salah seorang anaknya berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa, Jenggut Atas, 10, hilang dikhuatiri lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bersama anggota polis. O

[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China

Image
[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160328 Serpihan logam disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemui di Sepupok, Niah di Sarawak. Ketua Polis Miri, Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk di Batu Niah berhubung penemuan komponen itu semalam. Katanya, tinjauan awal mendapati serpihan logam itu terbenam kira-kira 1m dalam tanah di sekitar rumah seorang penduduk. “Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkan asal-usul logam tersebut dan meminta bantuan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menganalisis tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Beliau menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan terbabit kerana bimbang logam itu mengandungi bahan radioaktif dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat. https://yo

Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

Image
Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160273/ Heboh tengah malam tadi (31 Julai 2022) orang ramai melihat objek dipercayai serpihan penggalak roket China yang dilancarkan pada 24 Julai 2022. Banyak video yang dimuatnaik di media sosial oleh netizen serpihan penggalak roket China melintasi ruang udara yang pada mulanya disangkakan meteor. Sebelum ini dilaporkan oleh pakar-pakar  astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline. Saintis-saintis  juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara. Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. Penggalak seberat sekitar 22 tan itu dijangka memasuki s

[VIDEO] 4 maut kereta bertembung trele[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler

Image
[VIDEO] 4 maut kereta bertembung treler Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159554 KUCHING: Empat sekeluarga maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan treler berdekatan simpang Roban, di Saratok, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.53 pagi. Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai sejurus menerima panggilan itu. "Setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dengan treler. "Empat orang yang berada di dalam kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya lagi, semua mangsa dipercayai sekeluarga iaitu lelaki berusia 30 tahun, wanita berusia 28 tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berusia empat dan satu tahun. "Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan kh

[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya

Image
[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159233   Beberapa kepingan rangka manusia ditemukan dalam perut seekor bangkai buaya seberat 300kg, di Kampung Nyabut, Trombol, dekat Kuching, hari ini. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada buaya yang mempunyai kesan rahang patah merupakan reptilia sama membaham seorang kanak-kanak lelaki, pada 21 Mei. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching. Berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai. Sarawak Forestry Corporation dalam kenyataannya, berkata Pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) SFC ketika ini sedang giat menjalankan usaha perburuan buaya yang mengganas di beberapa lokasi termasuk di kawasan Trombol dan daerah Lundu. “Buaya berkenaan dipercayai mati tiga hari lalu. Selain itu tu

Suami isteri maut dikelar di Serian

Image
Suami isteri maut dikelar di Serian Selanjutnya:   https://pakdin.my/158491   Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian, Sarawak. Ketua Polis Serian Aswandy Anis, berkata mangsa masing-masing berusia 44 dan 47 tahun dan merupakan warga Indonesia. Katanya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam, semalam, selepas disedari oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan ladang berkenaan. “Siasatan awal polis mendapati kecederaan mangsa wanita adalah di bahagian tengkuk, manakala mangsa lelaki cedera di bahagian leher,” katanya. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 302 dan 309 Kanun Keseksaan. “Siasatan lanjut kes masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian,” katanya.

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Image
GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158459    Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS Abang Johari Openg, hari ini, berkata GPS berpendirian teguh dan kekal tidak berkompromi dengan Bersatu dan akan bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri itu. Fazzrudin Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, berkata pendirian sama sudah disuarakan Abang Johari dan keputusan itu tidak berubah. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, dilaporkan meminta Abang Johari, baru-baru ini, mempertimbang calon Bersatu diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Sarawak. Dalam maklum balas, hari ini, Fazzrudin berkata, usaha menuntut semula dan mempertahankan hak Sarawak terjamin menerusi kemenangan GPS di kerusi Parlimen negeri ini. “Sekiranya Sarawak makmur, saya percaya negara juga akan makmur,” ka

Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu

Image
Keluar Sarawak atau lupakan saja bentuk kerajaan seterusnya, PN diberitahu    Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158359     Perikatan Nasional (PN) perlu menarik diri dari Sarawak sekiranya ia menaruh sebarang harapan untuk membentuk kerajaan persekutuan seterusnya, kata penganalisis politik. Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata, jelas bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dominan tidak berhasrat untuk menyerahkan mana-mana kerusi di negeri itu kepada mana-mana parti berasaskan persekutuan pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang. PN pimpinan Bersatu mempunyai dua ahli Parlimen dari Sarawak, iaitu Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo) yang berpaling tadah daripada PKR. Persoalan timbul mengenai masa depan mereka dengan GPS untuk bertanding di kerusi yang mereka wakili. “Tiada siapa boleh membentuk kerajaan persekutuan secara sendirian. Malah Barisan Nasional (BN) yang dominan seperti sekarang memerlukan rakan kongsi, terutamanya parti di Sabah dan S

[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari

Image
[Video] Lelaki maut dalam kejadian langgar lari Selanjutnya:  https://pakdin.my/158329 - BINTULU: Seorang lelaki maut dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti dalam kejadian dipercayai langgar lari di Lorong Permata 2, di Jalan Sungai Plan Tanjung Kidurong, hari ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John, lelaki berusia 23 tahun itu disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Katanya, siasatan awal mendapati dalam kejadian sekitar jam 5.15 pagi itu, mangsa dipercayai sedang memandu keretanya dari arah Sungai Plan menghala ke pusat bandar. "Sampai di lokasi insiden, mangsa memberhentikan keretanya dan keluar melintas jalan sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan," ujar beliau. Kes itu menurut Bingkok akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat. Ketua Bahagian Sias