Posts

Showing posts with the label Strok Haba

[VIDEO] Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba

Image
[VIDEO] Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165100 MADINAH  -- Cuaca panas ekstrem dengan purata suhu melebihi 40 darjah Celcius setiap hari di Arab Saudi boleh menyebabkan jemaah haji negara mengalami strok haba. Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata cuaca panas dan kering boleh membawa kepada kenaikan suhu dan kehilangan air daripada badan sehingga mengakibatkan strok haba jika terdedah kepada cuaca tersebut. "Strok haba jika tidak dicegah dan dirawat awal boleh menyebabkan kematian," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata jemaah haji perlu peka terhadap simptom strok haba seperti kulit kering dan berlaku kemerah-merahan, lidah dan bibir kering, pening kepala, kekejangan otot serta pengsan. Menurutnya jemaah haji perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami simptom-simptom tersebut di pusat kesihatan yang disediakan Tabung Haji (TH). https://youtu.be/nJuCLPHaOVg Dr Asraf berkata semua jemaa...

Gelombang haba Asean kerana tindakan manusia

Image
Gelombang haba Asean kerana tindakan manusia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164845 Panas melampau yang membakar bahagian Asia Tenggara bulan lepas sebahagian besarnya didorong oleh perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia, menurut analisis daripada pasukan saintis. Suhu yang melonjak melebihi 40C dari India dan Bangladesh ke Thailand dan Laos adalah sekurang-kurangnya 2C lebih panas daripada yang sepatutnya tanpa perubahan iklim, menurut penyelidik yang dikaitkan dengan World Weather Attribution initiative. Kejadian ekstrem seperti yang dilihat di Asia akan menjadi lebih kerap dan teruk sehingga pelepasan gas rumah hijau keseluruhan dihentikan, kata mereka. Gelombang haba terburuk yang melanda beberapa bahagian di Asia Tenggara dan Asia Selatan bulan lalu, adalah '30 kali ganda berisiko berlaku' akibat perubahan iklim yang dicetuskan manusia. kata para penyelidik. Beberapa bagian India mengalami suhu di atas 44C pada pertengahan April, dengan sekurang-kurangnya 11 ke...

'Sakan beraya sakan makan' undang risiko tinggi penyakit

Image
'Sakan beraya sakan makan' undang risiko tinggi penyakit BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164192 Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, pastinya Syawal yang tiba disambut dengan hati yang gembira, bukan sahaja dapat menjamu selera tetapi yang lebih bermakna dapat ‘balik kampung’ ke pangkuan ayahanda dan bonda. Lazimnya sepanjang bulan perayaan ini juga, kebanyakan kita sibuk mengatur jadual bagi menghadiri rumah terbuka yang diadakan sanak-saudara, kenalan juga jiran-tetangga.  Sebulan berpuasa, sebulan jugalah kita beraya dan selama itulah mungkin ada yang sakan makan sehingga rutin diet sebelum ini, kata orang, ‘hanyut ke laut’. MUSIM PANAS DAN STROK HABA Dalam sibuk teruja berhari raya, perlu diingat bulan Syawal bukan ‘tiket’ untuk membalas dendam menikmati apa sahaja hidangan, setelah berlapar dahaga sebulan menjalani ibadah puasa Ramadan. Bimbang nanti, habis raya, diri pula diserang ancaman pelbagai jenis penyakit. VIDEO Berkaitan: https://youtu.be/GuPlIx9s4Os Pe...