Posts

Showing posts with the label Beruang

[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang

Image
[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161649 Lebih 100 masyarakat Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar hari ini gempar dengan kehadiran seekor beruang yang dipercayai memusnahkan tanah perkuburan mereka, malah dikatakan turut memakan mayat penduduk kampung berkenaan. Seorang penduduk, Mazlan Aluij, 50, berkata pada 26 Dis lepas dia dan lima anaknya menyedari kehadiran beruang itu ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along, yang meninggal dunia pada 1 Disember 2022. Menurut Mazlan dia mendapati kawasan sekitar kubur itu telah rosak selain menemukan beberapa kesan dan jejak dipercayai seekor beruang yang berkemungkinan turut menggali kubur dan memakan sebahagian mayat Amek. "Saya juga pernah terserempak dengan haiwan itu yang sedang berkeliaran di belakang rumah, kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan. "Saya dapat dengar bunyi kehadiran beruang tersebut dan sempat menjerit ke arah haiwan itu k

[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong

Image
[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong BACA di https://pakdin.my/160651/ SEKINCHAN: Seekor beruang yang dipercayai mencari makanan dikesan berkeliaran di sawah padi Ban Canal, Parit 13, Sungai Nibong, di sini, semalam. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menerusi Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat itu dan tiba pada jam 8 pagi. Katanya, pemantauan dan siasatan kemudian dilakukan namun tidak menemui kelibat beruang berkenaan. "Penduduk setempat diminta supaya segera menghubungi kita sekiranya ternampak kelibat beruang itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. Terdahulu, tular di laman sosial menerusi video berdurasi 23 saat memaparkan seekor beruang berwarna hitam berkeliaran di kawasan sawah padi dipercayai sedang mencari makanan. https://youtu.be/vEWA3WtqV-A Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu disedari seorang wanita yang merakam video pergeraka