Posts

Showing posts with the label Konsert

Afgan bersinar di konsert solo besar di Pulau Pinang

Image
Penyanyi Indonesia Afgan mengadakan konsert solo besar di Pulau Pinang di Setia Spice Arena. Konsert itu dihadiri oleh lebih 6,000 orang dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi peminatnya di Malaysia. Menjanjikan persembahan yang epik dan tidak terlupakan, Afgan Syahreza, 35, menyinari pentas dengan balada yang penuh perasaan dan lagu-lagu ceria yang menyentuh hati dan menggugah emosi penonton. Menandakan lawatan pertamanya ke Pulau Pinang dengan konsert solo terbesar dalam kerjaya muziknya selama 17 tahun, Afgan, yang dikenali dengan sikapnya yang sopan, lebih memikat peminatnya dengan bertutur dalam dialek utara Malaysia. Dia mempersembahkan gabungan balada yang penuh perasaan dan lagu-lagu ceria, termasuk lagu seperti "Pesan Cinta" dan "Wajahmu Mengalihkan Duniaku." Afgan membawa penontonnya dalam perjalanan nostalgia melalui hari-hari awalnya dalam industri muzik dengan lagu-lagu seperti "Entah," "Cinta Dua Hati," "Shallow ...

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

Image
Seramai 15 individu telah dirakam keterangan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara individu yang telah diambil keterangan terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa. “Polis juga pada ketika ini masih menunggu laporan bedah siasat dan toksikologi bagi menentukan punca kematian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Hussein berkata berdasarkan maklumat diterima daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dua lagi mangsa lain yang turut dilaporkan mempunyai simptom sama berkait dengan kematian empat individu berkenaan telah mula sedar, namun berada dalam keadaan lemah. Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati empat mangsa yang meninggal dunia selepas menghadiri konsert itu disyaki terbabit dalam pengambilan dadah jenis ekstasi. Pihak penganjur kemud...

Polis sahkan terima laporan kematian empat individu hadir konsert di Subang Jaya

Image
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kematian dua lelaki dan dua wanita warga tempatan yang menghadiri sebuah konsert Pinkfish Countdown di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis membabitkan kesemua mangsa lingkungan usia 20 hingga 40 tahun itu dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau berkata proses bedah siasat telah dijalankan hari ini namun pihaknya masih menunggu hasil siasatan makmal.  “Didapati tiada sebarang kecederaan luaran yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).  “Bagaimanapun siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan kepada semua si mati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau pusat kawalan daerah di talian 03-78627222.

'Kita semua perlu bekerja, takkan nak berkabung saja di rumah?' - M Nasir

Image
'Kita semua perlu bekerja, takkan nak berkabung saja di rumah?' - M Nasir https://pakdin.my/174706 "Boleh buat konsert tapi jangan berlebihan. Anda hendak semua orang berkabung di rumah? Semua orang perlu bekerja dan bukan artis saja," kata komposer dan penghibur legenda, Datuk M Nasir, 66, ketika diminta mengulas dakwaan netizen mengatakan golongan artis tidak sensitif dengan menganjurkan konsert ketika rakyat Palestin berdepan serangan Israel ketika ini. M Nasir berkata, sebagai penghibur, mereka hanya melakukan kerja untuk menghiburkan orang ramai yang juga mahukan bahan hiburan. "Selain menghiburkan orang, mereka juga perlu sedar dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling. "Boleh buat konsert kerana orang tetap mahukan hiburan tapi buatlah pada tahap yang sederhana," katanya. Sementara itu, mengulas perkembangan Konsert Sifu dan Aku bersama Datuk Hattan, M Nasir berkata, setakat ini, persiapan berjalan lancar seperti direncanakan. Konsert Si...

🎦 Konsert “Tujuh Vibrato Gitar”, menampilkan 7 gitaris hebat negara

Image
🎦  Konsert “Tujuh Vibrato Gitar”, menampilkan 7 gitaris hebat negara https://pakdin.my/169338/ Satu konsert bakal diadakan Jumaat ini yang dianggap jarang berlaku di pentas hiburan di Malaysia. Konsert yang diberi nama “Tujuh Vibrato Gitar” itu bakal mengumpulkan pemain gitar terkemuka tanah air di satu pentas yang sama. Antaranya Joe Branko, Kid Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C serta pemain gitar muda, Muzza dan Anis Kalisa. Menurut Joe Branko yang juga penganjur konsert berkata, idea pembikinan konsert ini sudah lama menjadi impiannya dan teruja untuk merealisasikannya. Pada konsert itu juga, mereka akan diiringi kumpulan Barbarik dianggotai Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboard) dan Ainoll (dram) serta nyanyian daripada penyanyi rock popular, Datuk Hattan, Muss dan Lan Solo.

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

Image
[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160877/ ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berdekatan Masjid Zahir di sini semalam. Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini. “Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi. “Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah memang tak ada kebenaran,” katanya di sini hari ini. Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk memangg...