Posts

Showing posts with the label Sedekah

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

Image
[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009 Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pihak yang menggunakan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ untuk melunakkan rasuah. Katanya, fahaman yang melunakkan rasuah dengan istilah seperti ‘sedekah’ dan ‘komisyen’ boleh menjejaskan negara dan masyarakat. “Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’ okay. Ini fahaman yang boleh merugikan negara dan masyarakat,” katanya ketika berucap di rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Anwar menjelaskan sedekah yang dialu-alukan adalah pemberian yang diredai Tuhan untuk kepentingan dan faedah masyarakat. kkkkkkkkk “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” Sebelum ini, Presiden PAS, Hadi Awang, dikritik pelbagai pihak kerana mempertahankan pemberian wang selepas partinya didakwa menyogok pengundi beberapa hari sebelum PRU15. Parti

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Image
[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999 Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pemberian wang dikatakan menyogok pengundi menjelang PRU15. Presiden Umno itu berkata, ulama perlu mempunyai integriti dan tidak menukar-nukar fatwa mengikut “selera” sendiri. “Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah,” katanya. “Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.” Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur. https://youtube.com/shorts/rh20xagEgeU?feature=share Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diiringi isterinya Dr Wan Azizah Ismail. Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan T