Posts

Showing posts with the label Penguatkuasa

Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari

Image
Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari BACA di: pakdin.my/167437 ALOR SETAR: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan di negeri ini, antara 2018 hingga 2021. Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Kompleks Mahkamah Alor Setar. Terdahulu, kesemua individu terbabit tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lima individu terbabit antara sembilan penguat kuasa yang ditahan SPRM semalam, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara 2018 hingga 2021. Semua anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah terbabit sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Turut ditahan semalam, ialah

[VIDEO] PASANGAN BIA'DAP GANGGU ANGGOTA MBSA DICEKUP DAN DAKWA

Image
Sepasang lelaki dan wanita yang didakwa mengganggu seorang anggota penguatkuasa wanita Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) kerana mengeluarkan saman, akhirnya ditahan polis selepas video mereka melakukan perbuatan itu tersebar di laman sosial.  Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Dr Abdul Aziz Awang Darus pada pagi Jumaat.  "Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut," katanya.  Difahamkan pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kod Penal kerana mengganggu tugas penjawat awam.  Klip video berdurasi dua minit yang menunjukkan seorang anggota penguatkuasa wanita MBSA didakwa dikasari seorang lelaki dan pasangannya menjadi viral di laman media sosial.  Dalam video itu, pasangan itu dlihat cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa wanita itu termasuk menarik pakaian dan mengepungnya.  Berlaku sedikit pergelutan ketika pegawai wanita it

[VIDEO] VIRAL PASANGAN BIA'DAP TARIK BAJU, KEPUNG PENGUATKUASA WANITA MBSA

Image
Biadab, itulah perkataan yang sesuai untuk mengambarkan kelakuan sepasang lelaki dan wanita yang menghalang tugas pegawai penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk menarik pakaian dan mengepung pegawai tersebut. Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran Restoran Selera Kampung Subang, Sungai Buloh disebabkan pasangan tersebut tidak berpuas hati disaman pegawai penguatkuasa berkenaan. Melalui paparan video berdurasi 2 minit 10 saat, pasangan tersebut dilihat mengepung pegawai penguatkuasa wanita berkenaan, menarik baju, mengambil gambar dan cuba menyentuh tubuh. Kelihatan seorang lelaki dipercayai orang awam cuba meleraikan kejadian itu sambil diperhatikan seorang pegawai penguatkuasaan yang lain. Kredit: anakkenyalang.com