Posts

Showing posts with the label ACC 2023

[Video] Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda

Image
[Video] Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165914 Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini 18 Jun 2023. Kejayaan di Velodrom Nasional di sini, turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun beliau untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand. Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020. Beliau turut pernah mencipta sensasi apabila meraih emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara,

[VIDEO] ACC 2023: Azizulhasni kembali pastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya

Image
[VIDEO] ACC 2023: Azizulhasni kembali pastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165867 Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya selepas memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini malam ini 16 Jun 2023.   Pelumba berusia 35 tahun itu yang merupakan jaguh enam kali acara pecut pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020 - sebelum terlepas edisi tahun lepas  setelah menjalani pembedahan jantung pada tahun sama, menewaskan pemenang pingat perak  Piala Negara-Negara di Jakarta, Kaiya Ota dari Jepun 2-0 (9.924s, 9.828s) di dalam acara itu untuk merangkul pingat emas ke-11nya dalam kejohanan kali ini. Terdahulu di peringkat separuh akhir, Azizulhasni yang juga dikenali sebagai "The Pocket Rocketman” menewaskan juara bertahan  Kento Yamasaki dari Jepun 2-0.    Selepas rehat sehari, Mohd Azizulha