Posts

Showing posts with the label PPS

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Image
[VIDEO]  60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851 Seramai 60 orang daripada 14 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir di Taiping malam ini 25 Mac 2023. Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam. "Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah," katanya sambil menambah cuaca ketika ini tidak hujan dan pelbagai agensi serta pasukan penyelamat sedang melakukan pemantauan di lokasi terlibat.

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

Image
[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162633 BATU PAHAT – Tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir kira-kira satu jam hari ini. Kejadian tersebut berlaku berhampiran Parit Haji Kamisan di Yong Peng dekat sini ketika pegawai JKM terbabit dalam perjalanan menghantar bantuan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Pegawai JKM Batu Pahat, Siti Nadiah Mardi, 36, berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah hari melibatkan beliau dan rakan sekerja, Herlinda Abd Majid, 42, serta pemandu lelaki berusia 46 tahun. “Kenderaan kami terperangkap di jalan dalam kawasan kebun kelapa sawit yang dinaiki air. Jalan itu antara laluan ke PPS berkenaan. Mulanya air banjir hanya pada paras sederhana, namun jadi semakin tinggi hingga kepada paras berbahaya melebihi satu meter. “Keadaan itu mengakibatkan pacuan empat roda jenis

[VIDEO] Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi Sabtu

Image
[VIDEO] Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi Sabtu BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161144/ KUALA TERENGGANU -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga pagi ini, berbanding 324 orang daripada 87 keluarga malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu. “Di Kuala Nerus sebanyak dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal yang menempatkan 126 mangsa daripada 33 keluarga dan SK Bukit Nanas seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga,” menurut kenyataan itu. Kenyataan berkenaan turut memaklumkan di Kuala Terengganu sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Chendering yang menempatkan 34 mangsa (10 keluarga) dan SK Atas Tol seramai 63 mangsa (20 keluarga). Di Setiu, dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar yang menempatkan 16 mangsa (empat keluarga)

[Video] Penduduk cemas, dua PPS di Hulu Terengganu dinaiki air

Image
[Video] Penduduk cemas, dua PPS di Hulu Terengganu dinaiki air  Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155382/ HULU TERENGGANU - Mangsa banjir yang terjejas di Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh, di sini cemas apabila dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ dinaiki air awal pagi Ahad. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata, PPS itu pada mulanya ditutup jam 1 tengah hari Sabtu kerana air di kediaman penduduk mula surut. Bagaimanapun, menurut beliau, penduduk terpaksa berpindah semula kerana kediaman mereka kembali dinaiki air. Menurutnya, PPS berkenaan sebelum ini menempatkan seramai 315 mangsa. "Air naik pada tengah malam menyebabkan lapan penduduk membabitkan empat keluarga berpindah di PPS itu tetapi malangnya turut dinaiki air pada jam 6.30 pagi Ahad. "Jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kami masih membantu pasukan penyelamat memindahkan penduduk ke kawasan lebih tinggi,&q