Posts

Showing posts with the label Raja

[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi

Image
[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi KUALA LUMPUR - Mengenai penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada pukul 3.00 pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan, tindakan dibuat selepas Menteri Besar Kedah itu tidak menjawab panggilan telefon polis sejak petang semalam. Panggilan dibuat selepas polis menerima arahan berkaitan pertuduhan membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi daripada Jabatan Peguam Negara semalam. Pihaknya turut menerima 58 laporan termasuk daripada Ahli Dewan DiRaja Selangor berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum dalam ceramah politiknya.

MB Kedah didakwa berkaitan hasutan

Image
MB Kedah didakwa berkaitan hasutan  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166542 SELAYANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berasingan bawah Akta Hasutan 1948.  Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mempunyai kecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja dan mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.  Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, di sini, pukul 11.00 malam pada 11 Julai lalu.  Pengakuan tidak bersalah dibuat di hadapan Hakim Rajiiah Mat Zin yang mendengar kes pertuduhan pertama dan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh bagi pertuduhan kedua. Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terriruddin Mohd Salleh manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohaimi