Posts

Showing posts with the label Mahiaddin Yassin

Kedudukan PPBM, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor, kata penganalisis

Image
  Kedudukan PPBM, Muhyiddin tak menentu menjelang PRN Johor, kata penganalisis [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154451 ] Kedudukan PPBM dan Presidennya Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan yang tidak menentu ketika persediaan menjelangnya pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik. Menurut penganalisis, parti itu mempunyai perjuangan yang sukar mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu selepas keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tahun lalu dan kegagalan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor – negeri kelahiran Muhyiddin – akan memberi kesan terhadap masa depan parti itu dan presidennya. Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Muhyiddin tertekan untuk mencapai keputusan “yang hebat” kerana beliau berasal dari Muar serta merupakan Ahli Parlimen Pagoh. Katanya, kepimpinan Muhyiddin akan dipersoalkan sekiranya PPBM tidak boleh melakukan lebih baik di Johor berbanding prestasi buruknya dalam PRN Melaka pada November apabila Pe...

#PRNJohor: Sokongan terhadap PM bersyarat, PPBM ingatkan Ismail

Image
#PRNJohor: Sokongan terhadap PM bersyarat, PPBM ingatkan Ismail [Sumber: https://pakdin.my/?p=154220 ] PPBM mengingatkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa sokongan terhadapnya adalah bersyarat dan perkara itu akan dibawa dalam majlis ceramah pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Johor. Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan, berkata PPBM yang mencalonkan Ismail sebagai Perdana Menteri dan bukannya Umno. “Kita kena ingat Ismail menjadi Perdana Menteri hari ini bukan dicalonkan Umno. Bukan Umno calonkan dia. “Kalau Umno silap-silap dia nak Zahid Hamidi (Presiden Umno jadi Perdana Menteri). Nak Zahid. Pening kepala nak jawab tetapi itulah hakikatnya,” katanya dalam kempen ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar yang disiarkan secara langsung di Facebook Penerangan PPBM. Dalam pada itu, Wan Saiful berkata syarat dikenakan PPBM itu tiada kompromi khususnya dalam isu membabitkan partinya dan menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan bantuan. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Mu...