Posts

Showing posts with the label Hotel

Warga emas, ibu tunggal lempias nafsu ambang merdeka

Image
Warga emas, ibu tunggal lempias nafsu ambang merdeka BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167119 JOHOR BAHRU – Seorang wanita tempatan tidak sempat memakai coli, manakala seorang lagi wanita warganegara Vietnam hanya membaluti tubuhnya dengan selimut ketika bilik hotel mereka diperiksa anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), malam tadi. Dalam Operasi Ambang yang dilakukan secara serentak di seluruh negeri ini, dua wanita terbabit antara 16 individu yang dicekup oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan JAINJ. Dalam serbuan di sebuah hotel di Permas Jaya, seorang lelaki warga emas ditahan bersama pasangan seorang wanita Vietnam berusia 40an yang dipercayai telah mengenalinya sejak lima tahun dahulu. Lelaki berusia 62 tahun yang dipercayai berkenalan dengan wanita terbabit menerusi aplikasi WeChat tergamam dengan kehadiran anggota penguat kuasa JAINJ, manakala wanita yang tidak faham bahasa Melayu dan Inggeris itu terpinga-pinga ketika diarahkan memakai baju. Sementar

Letupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap

Image
Letupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap BACA seterusnya: https://pakdin.my/166001 RATCHABURI: Letupan gas memasak mencederakan empat orang dan menyebabkan kerosakan besar di sebuah hotel di daerah Muang. Letupan berlaku di hotel The Canal Ratchaburi, yang mempunyai 31 bilik, di tambon Huai Phai kira-kira 9.30 pagi. Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan dua tingkat di kawasan hadapan hotel. Pegawai berkata, tiga wanita dan seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Ratchaburi kerana melecur teruk dan cedera akibat serpihan Mereka berkata bangunan itu digunakan sebagai tempat acara majlis. Di percayai pekerja terlupa menutup injap silinder gas memasak 45 kilogram, yang kemudiannya meletup.

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Image
Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734 Polis mendakwa seorang pekerja seks Thailand selepas seorang lelaki Thai berusia 70 tahun ditemui mati di sebuah hotel di wilayah Nakhon Si Thammarat di bahagian selatan Thailand. Pegawai dari Balai Polis Tung Yai dimaklumkan mengenai kematian lelaki itu kira-kira jam 10 malam tadi dan segera bergegas untuk menyiasat tempat kejadian bersama-sama sukarelawan dari Pasukan Penyelamat Pu-in Tung Yai. Seorang kakitangan hotel menunjukkan mereka ke bilik di mana kejadian itu berlaku dan pegawai menemui mayat lelaki berusia 70 tahun bernama Chang di atas katil. Chang berbogel hanya dibaluti tuala di pergelangan tangannya manakala mukanya sudah menjadi gelap. Tiada kesan luka dikesan di badannya. Beg silang birunya diletakkan di atas meja berhampiran katil. Buku dan wang tunai kira-kira 1,000 baht ditemui di dalam beg itu. Motosikalnya masih diparkir di hadap

[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir

Image
[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir BACA seterusnya di https://pakdin.my/161616 Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menjelaskan harga pakej umrah dinaikkan pada saat akhir berpunca kenaikan mendadak sehingga 300 peratus kadar hotel di Mekah dan Madinah. Naib Presiden Haji dan Umrah Matta, Azri Abd Razak, berkata keadaan itu menyebabkan harga pakej yang ditetapkan terpaksa dinaikkan pada saat akhir oleh agensi pelancongan sebelum jemaah umrah berlepas ke tanah suci. “Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih. “Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya dalam kenyataan. Beliau tampil menje

[VIDEO] 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah

Image
[VIDEO] 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161408 MELAKA: Lebih lima jam diambil pasukan bomba bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi menangkap tapir betina yang berkeliaran di kawasan tempat letak kenderaan hotel di, Bandar Hilir,hari ini 1 Januari 2023. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sofian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.04 pagi sebelum sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian. "Kita kemudian menghubungi PERHILITAN bagi memaklumkan kehadiran haiwan itu dan mendapatkan bantuan bagi operasi menangkap. "Haiwan berkenaan ketika itu sedikit agresif dan kami meminta kepada pengurusan hotel untuk tidak membenarkan pengunjung meletakkan kereta di kawasan itu. "PERHILITAN juga terpaksa membiusnya tiga kali sebelum ia rebah selain terdapat kereta pengunjung yang mengalami kerosakan akibat dis

[VIDEO] 10 maut hotel kasino terbakar dekat sempadan Thailand di Kemboja

Image
[VIDEO] 10 maut hotel kasino terbakar dekat sempadan Thailand di Kemboja BACA seterusnya di https://pakdin.my/161313 POIPET, KEMBOJA – Sebanyak 10 orang maut dalam satu kebakaran di sebuah hotel kasino dekat sempadan Thailand di Kemboja, dengan beberapa gambar menunjukkan orang ramai cuba menyelamatkan diri ketika api marak mengelilingi mereka. Kebakaran di Hotel Kasino Grand Diamond City di Poipet itu berlaku lewat malam semalam iaitu sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan), kata polis tempatan. Satu laporan polis yang dilihat oleh wakil AFP menyebut bahawa kira-kira 10 orang meninggal dunia manakala 30 lagi cedera. Tambah laporan tersebut, sekitar 400 individu dipercayai bekerja di premis berkenaan. Beberapa gambar yang diperoleh AFP menunjukkan bangunan hotel tersebut dijilat api marak dengan anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran. Anggota penyelamat turut cuba membawa turun mangsa-mangsa yang terperangkap di tebing bangunan yang terbakar. Dalam satu klip yang dikongsi

Adik wanita ditemui mati di hotel di Johor mahu siasatan terperinci

Image
Adik wanita ditemui mati di hotel di Johor mahu siasatan terperinci  - https://pakdin.my/155057 - ADIK kepada seorang wanita kelahiran Sarawak yang ditemui mati di Skudai, Johor, kelmarin mahu pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh bagi merungkai punca sebenar kematian kakaknya. Pelubau Chie, 20, berkata, kakaknya, Salvina Chie, 33, (gambar) yang bekerja sebagai pelayan ditemui mati di bilik sebuah hotel sekitar pukul 2 petang pada hari kejadian. “Sekiranya kes berkenaan mempunyai unsur jenayah, saya berharap pihak berkuasa dapat membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Pelubau berkata , dia tiba di Johor pada 15 Febuari lalu untuk mencari pekerjaan dan tidak menyangka akan menerima berita mengejutkan itu. “Setibanya di sana, polis meminta saya pergi ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pengecaman mayat seorang wanita. Saya tiba di hospital kira-kira jam 3.55 petang dan mengesahkan bahawa mayat wanita itu adalah kakak kandung