Posts

Showing posts with the label Yong Peng

[VIDEO] Terlalu lama buka ‘aircond’ dalam kereta punca 3 mati ketika tidur

Image
[VIDEO] Terlalu lama buka ‘aircond’ dalam kereta punca 3 mati ketika tidur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166561 BATU PAHAT – Punca kematian tiga orang termasuk seorang wanita warga Myanmar di Hentian Rehat Yong Peng malam semalam disahkan kerana tidur terlalu lama dengan penghawa dingin kereta. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, hasil siasatan awal kejadian pada pukul 9.59 malam itu mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Taman Air Biru, Pasir Gudang. Kesemua mangsa merupakan warga Myanmar yang dikenali sebagai Zaw Naing Oo, 23, Myo Htet, 25, dan Khin Mar Yee, 27. Katanya, kereta Perodua Alza yang digunakan dipinjam dari seorang rakan di Johor Bahru dan dipercayai telah berhenti rehat seterusnya tidur dalam kereta di tempat kejadian. “Hasil temubual daripada beberapa orang saksi, kereta mangsa didapati telah diletakkan dalam tempoh masa agak lama di Hentian Rehat Yong Peng it

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

Image
[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162633 BATU PAHAT – Tiga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir kira-kira satu jam hari ini. Kejadian tersebut berlaku berhampiran Parit Haji Kamisan di Yong Peng dekat sini ketika pegawai JKM terbabit dalam perjalanan menghantar bantuan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Pegawai JKM Batu Pahat, Siti Nadiah Mardi, 36, berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengah hari melibatkan beliau dan rakan sekerja, Herlinda Abd Majid, 42, serta pemandu lelaki berusia 46 tahun. “Kenderaan kami terperangkap di jalan dalam kawasan kebun kelapa sawit yang dinaiki air. Jalan itu antara laluan ke PPS berkenaan. Mulanya air banjir hanya pada paras sederhana, namun jadi semakin tinggi hingga kepada paras berbahaya melebihi satu meter. “Keadaan itu mengakibatkan pacuan empat roda jenis

[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik

Image
[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160134/   Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang dipercayai melanda hampir di seluruh negara. Facebook TNB memaklumkan, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian “Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. “Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu seluruh negara panik ekoran gangguan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat. Gangguan itu juga berlaku di Lembah Klang apabila kawasan tumpuan seperti KLCC juga terkesan dengan bekalan elektrik lebih 20 minit. Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.