Posts

Showing posts with the label Van

[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

Image
[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161185 GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan bas ekspres di Kilometer (KM) 24 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam (21 Disember 2021). Mangsa yang maut adalah pemandu van, Mhd Rizuan Ishak, 43, yang tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak, Muhamad Ihtisyam Muazam ShahIdris, 11, yang juga penumpang bas ekspres patah tulang pipi pada sebelah kanan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang. Baki 32 yang lain iaitu 31 penumpang dan seorang pemandu bas selamat. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku apabila van dipandu Mhd Ridzuan dari Gua Musang menghala Kuala Krai dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari Klang menuju Kuban

[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup

Image
[Video] Polis berjaya menahan van membawa mercun seludup   Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158348     JERTEH – Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri. Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan. "Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum memasuki daerah Besut