Posts

Showing posts with the label RAK

[VIDEO] Blogger Direman Bagi Membantu Siasatan SPRM

Image
[VIDEO] Blogger Direman Bagi Membantu Siasatan SPRM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164152 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang blogger bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek bernilai lebih kurang RM41 juta di sebuah kementerian. Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin telah mengeluarkan perintah reman selama dua hari bermula hari ini sehingga 13 Mei terhadap suspek setelah SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini. Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan blogger mempunyai ramai pengikut berkenaan dipercayai telah menerima rasuah berjumlah lebih kurang RM1.3 juta daripada sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) sekitar tahun 2020.  Tambah sumber, permintaan dan pembayaran rasuah ini dipercayai dilakukan sebagai dorongan kepada suspek melobi supaya syarikat berkenaan berjaya dalam perolehan kontrak berkaitan. Difahamkan, selain daripada isu jenayah rasuah, SPRM juga akan melihat bagai