Posts

Showing posts with the label Kampung Buntal

[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak

Image
[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166472 KUCHING - Malang tidak berbau, tiga lelaki yang sedang mencari rezeki di tepi pantai berakhir tragedi apabila dihanyutkan arus deras di Esplanade Buntal, Kampung Buntal, awal pagi tadi. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, seorang daripada mangsa dapat menyelamatkan diri, namun dua rakannya dilaporkan hilang.  Komander Operasi Pero Guyuh berkata, kedua-dua mangsa yang dikhuatiri lemas berusia 39 dan 25 tahun.  Sekitar jam 3.30 pagi, Pero berkata penduduk kampung menjumpai mangsa dikenali Mohamad Amin Umar  pada jarak 400 meter dari lokasi mangsa hilang. Manakala, selang 12 minit kemudian pasukan penyelamat bersama penduduk kampung  menjumpai mangsa kedua dikenali Awang Khairul Aziq Awang Chula pada jam 3.42 pagi. Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.