Posts

Showing posts with the label Kepala Air
Image
[VIDEO] Dua pengunjung terselamat insiden kepala air di Lata Bayu BACA seterusnya di: pakdin.my/167123 Dua pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Lata Bayu ,Asam Jawa, Baling terselamat selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan itu petang semalam . Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, berkata bagaimanapun salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. Katanya menerusi kenyataan mangsa yang cedera, Nur Aliyana Naiza Abdul Halim, 22 tahun  diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibawa ke hospital Baling untuk menerima rawatan. Manakala seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan stabil. Kejadian  kepala air  itu berlaku kira-kira pukul  4.30 petang akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak semalam. Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota APM Baling bersama dua ambulans bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa sejurus menerima panggilan pada jam 4.55 petang. Mangsa da

[VIDEO] Tragedi Kepala Air: Jenazah 7 beranak selamat dikebumikan satu liang

Image
[VIDEO] Tragedi Kepala Air: Jenazah 7 beranak selamat dikebumikan satu liang KUANTAN  -- Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di sini lewat malam ini.  Pengebumian jenazah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selesai pada 11.52 malam. Terdahulu, van yang membawa kesemua jenazah tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 pada 9.55 malam diiringi kereta peronda polis sebelum disembahyangkan oleh lebih 150 anggota keluarga dan kenalan. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu, yang dipenuhi ahli keluarga serta kenalan semua mangsa, dan mereka difahamkan sudah berada di tanah rancangan berkenaan sejak p

[VIDEO] Tragedi Kepala air: Hanya enam mayat ditemukan setakat ini bukan 9 - Polis

Image
[VIDEO] Tragedi Kepala air: Hanya enam mayat ditemukan setakat ini bukan 9 - Polis CHUKAI  -- Polis mengesahkan hanya empat mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, dan bukannya tujuh seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kekeliruan itu timbul susulan masalah komunikasi di lokasi pencarian dengan Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini.  "Untuk makluman, setakat hari ini kita telah jumpa enam mayat dan telah disahkan waris serta keluarga mangsa. Semalam kita jumpa dua, dan hari ini kita jumpa empat, menjadikan baki empat lagi mangsa masih hilang.  "Pasukan pencarian di lokasi berdepan masalah komunikasi apabila alat komunikasi yang digunakan tidak boleh berfungsi dengan baik ekoran keadaan geografi hutan tebal dan berbukit-bukau," katanya pada sidang media di sini, petang ini.  Beliau berkata operasi pada hari ini ju

[VIDEO] Kepala Air: Mayat ketiga dan keempat ditemui pada pukul 11 dan 11.25 pagi hari kedua SAR

Image
[VIDEO] Kepala Air: Mayat ketiga dan keempat ditemui pada pukul 11 dan 11.25 pagi hari kedua SAR KEMAMAN - Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, dekat sini diteruskan pada 9 pagi ini.  Mayat ketiga dan keempat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih dekat sini berjaya ditemui setakat ini sebentar tadi. Mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dipercayai ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sektor kedua iaitu berhampiran Sungai Teladas di sini pada pukul 11.05 pagi. Seorang lagi mayat kanak-kanak perempuan pula dipercayai dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan Muhammad Haziq Ziqree pada 11.25 pagi. Begitupun, identiti mayat masih belum dikenal pasti sama ada Puteri Aryana Umairah, 4, atau Puteri Nurerina Natasya, 10. Jarak penemuan kedua-dua mayat dengan lokasi kejadian dianggarkan lebih 15 kilometer. Usaha untuk membawa keluar kedua-dua mangsa sedang dilakukan pasukan mencari

[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman

Image
[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166241 Diipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, Kemaman. Mangsa pertama Azizah Eiyi, 40 (ibu) ditemui 24KM dari lokasi kejadian, mangsa kedua Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 (anak) ditemui jarak 2KM. Sembilan mangsa disahkan daripada keluarga yang sama, manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti SAR lapan lagi mangsa yang hilang terpaksa dihentikan lebih awal pada sebelah petang kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang. Akan disambung pagi esok. KEMAMAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang. Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertam

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

Image
[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali BACA seterusnya  https://pakdin.my/161101/ SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 4.36 petang. Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian. BACA juga:  Arkib: Kepala Air - https://pakdin.my/tag/kepala-air/ Kepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas di Sungai Pinang, Batang Kali - https://pakdin.my/151438/ Beliau berkata, laporan awal mendapati mangsa merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan, dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa. https://www.instagram.com/p/ClgxwLJD2d-/ “Kesemua mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 8.21 malam ini,” katanya dalam satu kenyat

[VIDEO] Kenderaan dihanyutkan kepala air di Ulu Kasar, Setiu

Image
  [VIDEO] Kenderaan dihanyutkan kepala air di Ulu Kasar, Setiu  BACA seterusnya di https://pakdin.my/160665 6 buah buah kenderaan yang diletakkan di tebing Sungai Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu dihanyutkan arus deras akibat kepala air pada petang tadi 2 September 2022. Menurut sumber, kejadian tersebut tidak melibatkan kehilangan jiwa dan semua mangsa selamat. Kejadian dipercayai berlaku selepas Asar apabila kepala air di sungai Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu. Air naik sehingga ke tebing sungai yang dijadikan tempat meletak kenderaan.  Sehingga kini ini dilaporkan semua mangsa teselamat.  Kawasan perkelahan tersebut tiada rangkaian telefon selular. https://youtu.be/xc2I-umun6s