Posts

Showing posts with the label Majlis Kerja Tertinggi

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Image
[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian parti tersebut. Keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang. “Dalam pada itu, ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama enam tahun ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan. “Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya melalui satu kenyataan seben

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Image
[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 UMNO akan memutuskan tarikh pemilihan parti, termasuk bagi jawatan tertingginya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, esok 27 Januari 2023. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan, selain peringkat bahagian, yang dijangka diadakan serentak di 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya. "Mesyuarat esok kita akan memutuskan mengenai tarikh pemilihan yang kita kena buat sebelum 19 Mei depan. Sebab dalam perlembagaan UMNO, pemilihan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan selepas pembuangan undi pilihan raya (peringkat) Dewan Rakyat. "Mesyuarat MKT esok malam adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media

Rayuan Tajuddin ditolak, penggantungan berkuatkuasa semalam

Image
Rayuan Tajuddin ditolak, penggantungan berkuatkuasa BACA seterusnya di https://pakdin.my/161560/ Rayuan bekas ketua Umno bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berhubung tindakan penggantungan keahliannya sebelum ini ditolak Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Penerangan Umno Isham Jalil, berkata permohonan Tajuddin itu bersandarkan kepada keputusan Lembaga Disiplin parti sebelum ini. “Rayuan daripada Tajuddin hari tu dia digantung, rayuan dia telah ditolak. Penggantungannya dikuatkuasakan semalam 5 Januari 2023. “Alasan-alasan disiplin (kerana penggantungan) seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Umno,” kata nya yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato’ Onn hari ini. Sebelum ini, keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mat Keputusan tersebut dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ah

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

Image
[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160855/ MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan yang dibuat oleh MKT itu, katanya, konsisten dengan pendirian parti sejak awal untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020. Ahmad berkata seluruh jentera parti telah diarah untuk memuktamadkan semua persiapan pilihan raya. Tambahnya, hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi sahaja kerajaan yang stabil boleh dibentuk un