Posts

Showing posts with the label PRN Johor

#PRNJohor: ‘Tungganglah Vellfire, jangan tunggang agama’

Image
  ‘Tungganglah Vellfire, jangan tunggang agama’ [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153828 ] Penceramah terkenal, Dr Rozaimi Ramle menyifatkan kenyataan anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berhubung isu kerjasama Pas dan UMNO tidak mengejutkan sama sekali. Jelas beliau sejak dahulu lagi sesuatu pakatan politik itu lazimnya bersifat anjal dan berbentuk ijtihad. Tambah Rozaimi, sebelum ini pun beliau telah memberi peringatan apabila Mokhtar mendakwa “malaikat bertakbir” dengan termeterainya piagam ditandatangani PAS dan UMNO pada 14 Sept 2019. “Apabila melihat kenyataan terbaru Mokhtar berkenaan Umno saya hanya mampu tersenyum kerana dari awal telah memberikan teguran kepada beliau apabila dulu berkata kesepakatan itu akan membuatkan malaikat bertakbir bergema seluruh alam dan Muafakat Nasional (MN) adalah piagam yang menggetarkan hati syaitan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Terdahulu, Mokhtar menyifatkan UMNO kini kelihatan sangat ghairah untuk kembali

[Video] #PRNJohor: PPBM Tebrau terkubur, Mazlan Bujang umum keluar parti

Image
#PRNJohor: PPBM Tebrau terkubur, Mazlan Bujang umum keluar parti [Sumber: https://pakdin.my/?p=153833 ] JOHOR BAHRU: Ketua Bahagian PPBM Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi PPBM Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini. Bagaimanapun, beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). "Saya juga berpendirian untuk menyokong Datuk Hasni Mohammad untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor. "Ia bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Johor," katanya. Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha PPBM Bahagian serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa PPBM Tebrau.

Wayang #PRNJohor: Kerjasama Pas-UMNO Kelantan kekal hingga PRU15 kata Pesuruhjaya PAS Kelantan 😁

Image
  Wayang #PRNJohor: Kerjasama Pas-UMNO Kelantan kekal hingga PRU15 kata Pesuruhjaya PAS Kelantan 😁 [Sumber: https://pakdin.my/?p=153711 ] WAYANG PRN Johor sudah bermula... KOTA BHARU - Pas Kelantan menegaskan hubungan kerjasama antara parti itu dengan UMNO di negeri ini masih lagi kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perkara itu dikongsikan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu. "Pas Kelantan masih mengekalkan hubungan dengan UMNO Kelantan sehingga PRU15. "Keputusan ini dibuat semasa perjumpaan dengan Biro Politik UMNO petang ini," katanya. Sebelum itu dilaporkan, UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan melalui Muafakat Nasional (MN) berkuat kuasa serta-merta. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ketetapan tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas selepas pertemuan bersama Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Menuru

#PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Image
  #PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153698 ] JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. "Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.

#PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor

Image
  #PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor [Sumber: https://pakdin.my/?p=153688 ] JOHOR BAHRU: Menteri Besar Hasni Mohammad bergegas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas selesai mesyuarat Umno negeri sebentar tadi. Hasni ketika ditemui media berkata beliau sudah mendapat persetujuan daripada Umno Johor untuk mengadakan pilihan raya negeri. “Saya akan buat sidang media pada 6 petang ini, kerana saya akan bermesyuarat dahulu dengan barisan Exco kerajaan negeri dan selepas itu melakukan pertemuan bersama Baginda Sultan Ibrahim. “Semua akan dijelaskan pada 6 petang ini, yang utama saya sudah mendapat consent (persetujuan) oleh Umno untuk adakan PRN,” katanya ringkas. Sebentar tadi Hasni mempengerusikan mesyuarat Umno peringkat negeri dihadiri semua 26 ketua bahagian yang berlangsung selama sejam. Pemimpin yang dilihat hadir ialah Shahrir Samad, Azalina Othman Said, Hishammuddin Hussein, Dr Adham Baba, Mohamed Khaled Nordin dan

PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Image
  PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri [Sumber: https://pakdin.my/?p=153559 ] Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad tetap berpegang teguh dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor tentang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menasihatkan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Alhmarhum Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengadakan PRN. “Saya rasa justifikasi untuk mengadakan PRN itu lebih penting kerana kita mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Udang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. “Justeru, pihak-pihak tertentu tidak perlu bimbang, saya akan berpegang teguh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Penghantaran AirAsia Super App di Johor Bahru City Square, di sini baru-baru ini. Menteri Besar menambah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa pihaknya ti

Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor?

Image
Bolehkah Muhyiddin bertahan dalam PRN Johor? [Sumber: https://pakdin.my/?p=153605 ] Pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin berdepan situasi dan pilihan sukar jika pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan, menurut pakar. Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan berkata, Umno mendesak PRN Johor diadakan ketika ini untuk menguji kekuatan dan sokongan Muhyiddin. “Salah satu sebab utama adalah untuk menamatkan riwayat Bersatu dan meletakkan Muhyiddin dalam kedudukan yang janggal ketika PRU15. “Sebab itu Umno mendesak pilihan raya negeri diadakan,” katanya kepada FMT. Azmi yang meramalkan bahawa PRN Johor boleh diadakan sejurus selepas Tahun Baharu Cina berkata, ia akan menguji sokongan akar umbi Muhyiddin di negeri paling selatan itu. “PRN Johor sama ada akan menenggelamkan atau memberi rangsangan politik kepada Muhyiddin. Kerjaya politiknya bergantung kepada PRN ini,” tambahnya. Muhyiddin, 75, adalah Menteri Besar Johor dari 1986 hingga 1995. Pada 2008, Ahl