Posts

Showing posts with the label Perhimpunan Agung UMNO

[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan

Image
[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161741/?amp=1 Seramai 140 Ketua Bahagian Umno seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung Umno yang dijangka Mei nanti. Mewakili kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan. Beliau berkata tumpuan Umno ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini. "Seramai 126 Ketua Umno Bahagian hadir malam ini meskipun ada lagi 14 tidak hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2022 (malam ini), tetapi semua sepakat jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan. "Untuk berdepan e

Umno tak pelawa rakan parti kerajaan ke PAU 2022

Image
  Umno tak pelawa rakan parti kerajaan ke PAU 2022 BACA seterusnya di https://pakdin.my/161616 Pemimpin parti lain, termasuk yang menganggotai kerajaan perpaduan tidak akan dipelawa ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 dari 11 hingga 14 Jan ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan. Katanya, PAU 2022 hanya membabitkan ahli Umno, parti komponen Barisan Nasional (BN) dan “Friends of BN” untuk menyelesaikan isu dalaman parti serta gabungan itu. “Bukan saja parti lain, malah duta asing juga kita tak jemput, tidak seperti sebelum ini. Setakat ini, itulah keputusannya,” katanya menurut laporan Berita Harian. Ahmad berkata, keputusan tidak menjemput parti lain dan duta asing itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi Umno baru-baru ini. Sebelum ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Umno mungkin menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam kerajaan perpaduan untuk menghadiri majlis perasmian PAU 2022. Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengesahkan

MKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan

Image
  MKT tetapkan PAU 2021 pada 16 Mac depan [LINK:  https://pakdin.my/?p=153394 ] UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung 2021 dari 16 hingga 19 Mac depan. Perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bulanan yang dijalankan malam tadi. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kesemua 14 orang perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri perhimpunan itu secara bersemuka dan tidak diadakan secara hibrid. “Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing pada kali ini. “Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi Mysejahtera, sanitasi dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan media. Pada Disember lalu, Ahmad Maslan memaklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan. Penangguhan tersebut merupakan susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan U