Posts

Showing posts with the label Sarawak

[Video] Mayat wanita ditemukan terapung di Batang Rajang dekat Konawit

Image
[Video] Mayat wanita ditemukan terapung di Batang Rajang dekat Konawit Sumber:  https://pakdin.my/157550   - KANOWIT: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ‘objek terapung’ yang dilihatnya dalam Sungai Rajang, berhampiran jeti di sini merupakan mayat seorang wanita. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada pukul 12.50 tengah hari tadi. “Sepasukan lima anggota bomba tiba di lokasi dan menggunakan sebuah bot untuk mengangkat mayat berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media. Beliau memberitahu, mayat yang lengkap berpakaian itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit , Deputi Superintendan Tega Bilong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, mangsa dikenali sebagai Chandi Skudan yang berusia 41 tahun dan berasal dari Rumah Pungga Nanga Aya, Sungai Poi. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya.

[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu

Image
[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran  di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155593 -  Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu pada malam Selasa. Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 8.12 malam tadi, meragut nyawa nenek berusia 81 tahun, Rashidah Suut bersama anak lelakinya, Taip Bus, 55, dan cucunya, Sima Abdullah, 18. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 malam. Susulan itu, 19 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah serta Sibu bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran. “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar,” katanya dalam kenyataan malam tadi. Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian.

Adik wanita ditemui mati di hotel di Johor mahu siasatan terperinci

Image
Adik wanita ditemui mati di hotel di Johor mahu siasatan terperinci  - https://pakdin.my/155057 - ADIK kepada seorang wanita kelahiran Sarawak yang ditemui mati di Skudai, Johor, kelmarin mahu pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh bagi merungkai punca sebenar kematian kakaknya. Pelubau Chie, 20, berkata, kakaknya, Salvina Chie, 33, (gambar) yang bekerja sebagai pelayan ditemui mati di bilik sebuah hotel sekitar pukul 2 petang pada hari kejadian. “Sekiranya kes berkenaan mempunyai unsur jenayah, saya berharap pihak berkuasa dapat membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi hari ini. Pelubau berkata , dia tiba di Johor pada 15 Febuari lalu untuk mencari pekerjaan dan tidak menyangka akan menerima berita mengejutkan itu. “Setibanya di sana, polis meminta saya pergi ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pengecaman mayat seorang wanita. Saya tiba di hospital kira-kira jam 3.55 petang dan mengesahkan bahawa mayat wanita itu adalah kakak kandung

DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier'

Image
DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154822 ] KUCHING: Undian semula terpaksa diadakan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar terma Ketua Menteri kepada 'Premier' diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Pada undian pertama, RUU itu mendapat sokongan 54 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala enam lagi tidak menyokong. Keputusan undian itu dibantah Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) kerana menurutnya, jumlah yang menyokong itu tidak mencapai dua pertiga. Bantahan Chieng Jen memaksa Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, membuat undian semula sebelum RUU berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan seramai 67 ADUN berbanding enam yang membantah. Seramai 16 ADUN membahaskan RUU itu, iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Dudong), WilfredYap (GPS-Kota Sentosa), Chieng Jen, Christopher Gira (GPS-Tamin), Fazruddin Abdul Rahman (G