Posts

Showing posts with the label Zahid Hamidi

[VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi

Image
[VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163926 Persiapan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan dalam tempoh terdekat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah mengenai rundingan pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen. Bagaimanapun menurutnya bagi negeri yang dikuasai mutlak oleh gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat.  “Tadi kita bincang tiada masalah (pengagihan kerusi di negeri yang dikuasai mutlak parti tertentu). Macam beberapa negeri dipimpin oleh UMNO kita terima dan beberapa negeri lain yang dipimpin oleh komponen PH juga kita terima. “Saya ingat ini bukan isu yang dipertikai tapi saya serah kepada kebijaksanaan kepimpinan di negeri

Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid

Image
Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163728 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen YANG TIDAK SEPATUTNYA," katanya. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan b
Image
[VIDEO] 'Jangan leka, hati-hati dengan Arcturus' - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163654 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berhati-hati dengan varian baharu Covid-19 iaitu XBB1.16 atau Arcturus. "Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat… Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri)," katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini. Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. "Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi j

[VIDEO] Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini - Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini - Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163399 Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibuat mulai Jumaat ini (14 April), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, penyaluran BKKA yang diawalkan dari tarikh 17 April yang ditetapkan sebelum ini, adalah bagi membolehkan penerima membuat persediaan awal untuk menyambut Aidilfitri. “BKKA yang diawalkan penyaluran ini bakal memanfaatkan seramai 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara di mana masing-masing menerima bantuan berjumlah RM200 seorang,” katanya. Ahmad Zahid berkata bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM63.75 juta dan penerima adalah dalam kalangan penerima Bantuan Musi

Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid

Image
Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163305 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 diadakan lebih awal berbanding kebiasaan, iaitu sebelum jentera parti turun padang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Terdahulu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan parti terbabit bermula 7 hingga 10 Jun depan. “Untuk pengetahuan semua, mesyuarat MKT tadi telah menetapkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2023 bermula pada 7 sehingga 10 Jun. “Kita laksanakan Perhimpunan Agung UMNO agak awal kerana selepas itu kita akan menjelajah ke negeri-negeri untuk proses berkempen dan menggerakkan jentera bagi PRN,” katanya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/UJ8fdZqPmnI Katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di WTC Kuala Lumpur di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa konven

[VIDEO] Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan

Image
Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163208 ARAU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ditingkatkan melebihi tahap semasa iaitu 90 peratus. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketika ini terdapat 280 institusi TVET di bawah KKDW serta agensi kementerian itu dan ada antara bidang terlibat, termasuk berkaitan penyelenggaraan kapal terbang, telah mencapai 98.4 peratus tahap kebolehpasaran graduan. "Inilah yang mahu kita buktikan kepada masyarakat bahawa pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui TVET khususnya di bawah KKDW akan memberikan keberhasilan yang baik," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW, di sini pada Rabu. Ahmad Zahid berkata, permintaan terhadap graduan TVET kini terus meningkat, malah ada gradua

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Image
[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit. "Mahkamah telah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah," kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Image
[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang kebangkitan baharu yang dimiliki UMNO kini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasa parti. Katanya ini termasuk perpaduan dalam kalangan ahli parti yang perlu diperkukuh selepas mengharungi Pemilihan UMNO sesi 2023-2026. “Saya telah berpesan kepada mereka bahawa yang menang itu tidak menang semua manakala kalah tidak kalah semua. “Maka keterangkuman ini saya lakukan demi mengukuhkan UMNO daripada tanggapan di luar sana bahawa ianya berada dalam caca marba “Kali ini keputusan yang dibuat di peringkat bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian apatah lagi di peringkat nasional memperlihatkan satu gelombang yang baharu. “Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. Beliau berkata demikian ketik

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Image
Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758 Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 6 Nov untuk mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah. Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris menetapkan 6 hingga 9 Nov untuk perbicaraan dan menetapkan 14 April bagi pengurusan kes sebelum perbicaraan. “Perbicaraan itu akan didengar Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada 10 pagi,” kata peguam itu selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian hari ini. Pada 20 April tahun lepas, Ahmad Zahid selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674 Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. Ahmad Zahid juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk manfaatkan rakyat miskin. “Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan jalinan pintar (smart partnership) untuk pembinaannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) sama ada ke

[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM

Image
[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162457 Demi memastikan golongan belia terutama di luar bandar sentiasa berpeluang meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, pemerkasaan aspek keusahawanan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) menjadi antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KKDW bekerjasama dengan 12 kementerian lain bagi mencapai misi itu. “Kita tidak bergerak secara silo, terdapat jalinan kerjasama dengan kementerian berkaitan, terutama  dalam kursus TVET yang memfokuskan kursus usahawan. Jika perniagaan itu besar, kita bekerjasama juga dengan institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya mengenai pembaharuan yang dibawa kementerian dalam menjadikan KKDW mesra ana

[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pertandingan jawatan Naib Presiden dan ke bawah wujud persaingan sihat - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162408 Pertandingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO serta jawatan ke bawah pada pemilihan parti mewujudkan persaingan sihat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata walaupun terdapat dakwaan pertandingan jawatan akan membuka ruang kepada wujudnya kem-kem calon, pemilihan yang dibuat di peringkat akar umbi adalah lebih penting. “...dengan penawaran diri (calon) bagi jawatan Naib Presiden dan ke bawah ini adalah persaingan sihat dan saya rasakan yang penting adalah bukan pemilihan yang dibuat melalui kumpulan ‘sepapan’ (kem). “Tetapi yang lebih penting, pada hemat saya pemilihan dibuat di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan akan memilih individu daripada kalangan calon terbaik pada 18 Mac nanti,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bengkel Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Image
[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999 Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pemberian wang dikatakan menyogok pengundi menjelang PRU15. Presiden Umno itu berkata, ulama perlu mempunyai integriti dan tidak menukar-nukar fatwa mengikut “selera” sendiri. “Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah,” katanya. “Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.” Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Kuala Lumpur. https://youtube.com/shorts/rh20xagEgeU?feature=share Turut hadir, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, diiringi isterinya Dr Wan Azizah Ismail. Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan T

[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161811 Yang Berbahagia, Tan Sri Pengerusi Tetap YB Dato Seri Utama Timbalan Presiden UMNO Yang Berhormat / Yang Berbahagia Naib-Naib Presiden Yang Berhormat Ketua Wanita UMNO Malaysia Yang Berbahagia Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Keluarga besar dan para penyokong UMNO yang saya hormati sekalian 1. Tatkala merenung ke bawah, seawal saya memasuki Dewan Merdeka sebentar tadi, saya melihat wajah-wajah saudara saudari sekalian, terdetik di hati saya, In Sha Allah dengan izin-Mu jua ya Allah, parti keramat ini masih punya masa hadapan yang cerah. 2. Manakan tidaknya, daripada raut wajah saudara saudari sekalian, saya dapat merasakan, parti ini masih didukung oleh para pemimpin akar umbi, yang terpancar ketulusan dan keikhlasan di wajahnya. Walau dibadai tsunami ganas politik, saudara saudari tetap istiqamah dan seti

[VIDEO] ‘Sudah bagi nasihat, kini terpulang pada pimpinan Sabah’, kata Anwar

Image
[VIDEO] ‘Sudah bagi nasihat, kini terpulang pada pimpinan Sabah’, kata Anwar BACA seterusnya di https://pakdin.my/161669 KOTA KINABALU: Anwar Ibrahim berkata, terpulang kepada pimpinan Sabah untuk membuat keputusan selepas nasihat diberikan kepada mereka susulan kemelut politik yang tercetus. Perdana menteri berkata, keadaan kini bertambah baik selepas beliau dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menemui pemimpin Sabah malam ini. “Keadaan bertambah baik, saya dan Zahid cari formula baik untuk Sabah dan keputusannya diputuskan oleh pimpinan Sabah sendiri…sebenarnya kita cuma datang memberi nasihat,” katanya. Anwar tiba di sebuah hotel di sini pada 10.10 malam tadi, sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Jakarta selepas lawatan rasmi dua hari ke Indonesia. Rundingan itu menyusul ADUN Umno Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji. Tetapi, Hajiji semalam mengumumkan beliau memiliki 44 daripada 79 ADUN untuk terus menerajui Sabah, menerusi akuan bersumpah y

[VIDEO] Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya

Image
[VIDEO] Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161154/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa matlamat dan objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai. Ahmad Zahid menegaskan cubaan untuk mengharamkan UMNO pada suatu ketika ini pernah digagalkan seseorang. Namun Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu. “Saya telah bagi tahu daripada awal-awal bahawa matlamat penubuhan Bersatu jelas secara tersurat dan tersirat untuk membunuh UMNO. Jelas bahawa di dalam PRU15, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka. “Kita harap, ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat, khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka itu mesti ditolak ahli-ahli UMNO keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan u

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Image
[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160897/ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, walaupun mendapat tentangan oleh pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya. “Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir. “Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” tegasnya ketika sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO di sini hari ini. https://youtu.be/KpzZd21A4lg

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Image
[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160892/ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur. Dia diminta mengulas jika pertemuan terbabit dibuat mengenai desas-desus pilihan raya umum ke 15 (PRU). “Benda baik-baik sahaja,” jawab Ahmad Maslan ringkas. Jelasnya, pertemuan hari ini membabitkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian Umno. https://youtu.be/jMRw6XqCxWA "Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di WTC Kuala Lumpur. Ahmad Maslan turut memaklumkan sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu se